Gajet, Kanak-Kanak dan Otak

Kanak-kanak menggunakan gajet bukan suatu yang luarbiasa. Di mana-mana sahaja ia adalah fenomena biasa. Gajet menjadi ‘modern nanny’.

“Ok ke anak aku guna gajet?” Soal rakan saya yang lama tidak berjumpa. Kebetulan terserempak bersama dia dan keluarga.

Pertemuan tanpa temujanji ini berlaku di pusat membeli belah. Orang ramai. Walaupun bukan hujung minggu. Mungkin malam agaknya.

Empat orang anaknya sibuk dengan gajet. Hatta yang di dalam stroller pun bergajet juga. Dua orang abang dan kakaknya juga sibuk melayan gajet hingga tidak sempat bersalam dengan saya.

Dia kelihatan tidak senang dengan karenah anak-anaknya. Hilang susila orang Melayu barangkali. Kebiasaan orang Melayu bersalam. Yang muda mencium tangan yang tua.

“Aku tengok anak-anak kau tak de pun pegang handphone atau tablet?”

“Tak boleh ke pakai gajet?” soalnya bertalu-talu.

“Boleh. Ada masa. Ada limitasi. Usah biar berlama-lamaan. Gangguan pada otak,” balas saya ringkas.

“Ok. Cuba kau elaborate sikit. Cakap kuat sikit bagi anak-anak aku dengar sekali,” balas rakan saya sambil mencuit anak-anaknya untuk mendengar ceramah perdana di pusat membeli belah.

Saya hanya tersenyum. Anak-anak saya hanya memerhati. Begitu juga isteri.

“Begini. Terlalu banyak dan kerap menggunakan gajet mengganggu fungsi otak. Mudah hilang tumpuan dalam kelas.” Jelas saya.

“Perkembangan mental terbantut. Pembelajaran akan ketinggalan. Kecenderungan untuk buat sesuatu secara melulu meningkat.” Tambah saya lagi.

“Lebih buruk lagi ialah kemampuan mengawal diri menurun. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak kurang empati dan lebih ganas dalam interaksi,” kata saya lagi.

Saya lihat wajah rakan saya sedikit cemas. Saya tepuk bahunya. “Benda boleh bincang,” kata saya.

Untuk si kecil lebih baik gunakan mainan konvensional.

“Building block, alat bunyian, alat mainan berkaitan persepsi visual boleh membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Ayah dan ibu kena main sekali,” ujar saya.

Abang dan kakak boleh main sesama sendiri. Banyakkan interaksi. Main chess atau dam haji pun bagus. 

Melatih pemikiran strategis.

Cipta hobi. Bila ada hobi baru masa tertumpu ke situ. Banyakkan aktiviti luar rumah. Jangan terperap dalam rumah. 

Ayah dan ibu kena turut serta. Kurangkan gajet. Banyakkan masa dengan anak-anak.

“Macam mana? Ok ke?” Giliran saya pula menyoal. “Ok sangat. Terima kasih,” balasnya sambil menggenggam tangan saya.

Gajet tidak membantu perkembangan otak pada skala yang ibubapa mahu. Gajet sekadar alat untuk tidak mengganggu ibubapa yang sibuk. Gajet sekadar untuk mengalih perhatian dan tumpuan.

Andai mahu anak Berjaya mesti ambil tahu ilmu perkembangan otak. Usah menyesal kemudian hari bila anak menjadi ANAKKU SAZALI.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top