Gula Perang VS Gula Kelapa VS Gula Putih: Mana Yang Baik?

Ramai inginkan saya untuk mengungkap kisah tiga sekawan bernama Gula Perang, Gula Kelapa dan Gula Putih.

Mereka cukup terkenal ibarat Do Re Mi. Menyajikan gelak tawa dan hiburan. 

Namun, kisah mereka berbeza. Berbeza sumbangan mereka pada masyarakat. Soal hidup dan mati menjadi tanda tanya.

Ada yang kehadirannya bagaikan penyelamat.

Ada yang dalam senyap memendam dendam kesumat. 

Menyebar harapan palsu.

Diam-diam menghakis kudrat sihat. Perlahan-lahan membunuh jasad.

.

.

.

Kisah 1: Gula Perang 

Kenapa Digelar Gula Perang?

Gula perang secara komersil diperbuat daripada tebu yang mudah ditanam dan senang hidup.

Digelar gula perang sebab warna perang menandakan adanya molasses. Molasses ni adalah sukrosa.

Kajian dalam Advances in Biological Sciences Research (2021) mendapati,

Kandungan gula ringkas dalam gula perang iaitu sukrosa, glukosa dan fruktosa (89.94%, 3.61%, 3.50%).

Manakala gula putih hanya mengandungi sukrosa (94.75%).

Dalam sebuah artikel bertajuk Brown Sugar: Why Is it Brown (2011),

Kandungan peratus molasses tentukan warna gula perang.

Purata gula perang cerah ada 3.5% molasses manakala gula perang gelap ada 6.5% molasses.

.

.

Bagaimana Gula Perang Diproses?

Gula perang melalui pemprosesan untuk mencapai kualiti terbaik.

Kebiasaannya ia diletak pewarna dan bahan sintetik lain untuk tahan lama dan kekalkan warna terang.

Gula perang sebenarnya mengandungi gula putih.

Perbezaannya, gula perang tidaklah melalui pemprosesan menyeluruh.

Yang mengakibatkan mineral semulajadi dikikis hampir semua seperti yang terjadi pada gula putih.

Jadi, adalah sedikit sebanyak sisa mineral dan nutrisi yang tinggal.

Gula perang juga boleh dibuat dengan campurkan molasses tebu dengan gula putih yang telah diproses.

Tadaaa maka jadilah ia gula perang.

Dari segi perbandingan yang mana lagi sihat. Keduanya adalah SERUPA dan SAMA.

.

.

Gula Perang Berkhasiat Ke?

Gula perang dengan gula putih ni ibarat sepupu. Sorang cerah sorang lagi gelap.

Tapi dua-dua ada iras. Sebab keturunan sama.

Ada 4 sahaja perbezaan gula perang dan gula putih dari segi warna, rasa, kandungan kalori dan cara diproses.

Gula perang warna gelap sebab ada molasses. Gula putih tiada molasses.

Rasa gula perang pula tidak semanis gula putih.

Kandungan kalori gula perang lebih rendah sedikit berbanding gula putih.

Untuk setiap 100 gram gula perang ada 373kcal manakala gula putih ada 396kcal.

Gula perang lalui sedikit proses kimia manakala gula putih lalui hampir keseluruhan proses kimia.

Kandungan gula perang merangkumi 95% sukrosa dan 5% molasses.

Sukrosa sama persis gula putih.

Jadi, dua ni TIDAK SESUAI dimakan oleh mereka yang ada masalah diabetes atau yang ingin turunkan berat badan.

.

.

.

Kisah 2: Gula Kelapa 

Asal Usul Gula Kelapa?

Macam mana gula kelapa boleh wujud?

Berbalik kepada zaman sejarah ketika abad ke-16 terdahulu.

Berlakunya mass consumption gula putih dalam kalangan warga bumi seluruh dunia.

Mengakibatkan kenaikan mendadak risiko kes serangan penyakit dan kematian.

Pengkaji mula mencari solusi untuk menggantikan gula putih.

Mencari alternatif sihat bersumberkan anugerah alam.

Sehinggalah pada abad ke-19 gula kelapa mulai aktif diimport dari Sri Lanka dan Asia Tenggara.

Dan dieksport ke serata dunia atas permintaan yang semakin tinggi sehinggalah sekarang.

.

.

Apa Dalam Gula Kelapa?

Gula kelapa dibuat daripada nektar bunga pokok kelapa atau nira.

Kajian dalam Advances in Biological Sciences Research (2021) juga mendapati,

Gula kelapa mengandungi sukrosa, glukosa dan fruktosa (86.86%, 4.64%, 3.70%).

Kandungan mineral lengkap hanya ditemui dalam gula kelapa.

Antaranya zat besi (14.40%), zink (1.56%), copper (0.90%) dan manganese (0.96%).

Satu alternatif sihat gantikan gula putih kerana mempunyai Indeks Glisemik rendah.

Ia sudah terbukti secara klinikal dan mengandungi lebih 10 jenis asid amino.

ILSI SEA Sugar and Sweeteners Symposium (2019) mendapati,

Paling unik…

Gula kelapa adalah satu-satunya gula ada inulin. 

Inulin iaitu karbohidrat yang tidak senang ditemui secara semula jadi.

Bantu kawal penyerapan glukosa dalam badan.

Inulin adalah prebiotik. Sebab ia ditapai dalam usus dan diberi makan bakteria baik.

Jadi, gula dalam darah takdelah mencanak naik selepas makan.

Ramai yang hadapi masalah gula dalam darah tinggi.

Menyebabkan tidak boleh berdiri lama. Buat kerja berat sikit rasa nak pitam.

Gula kelapa juga bebas serangga perosak, pengawet, bleach dan GMO.

Dan digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat batuk dan masalah pernafasan.

Tanpa bergantung pada ubat batuk yang boleh beri efek buruk pada otak terutamanya anak kecil.

.

.

Pengeluar Terbesar Gula Kelapa?

Berdasarkan data daripada Food and Agriculture Organization (2018),

India, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brazil antara pengeluar terbesar gula kelapa.

Kerana sumber semulajadi yang banyak terdapat di negara tersebut.

Serta permintaan yang tinggi dari seluruh dunia untuk gantikan gula putih.

Gula kelapa ada banyak fungsi selain hanya sebagai natural sweetener.

Menurut laporan oleh Application, Regional Outlook, Competitive Strategies, And
Segment Forecasts (2019 – 2025),

Gula kelapa dieksport ke Jepun, Korea Selatan dan China untuk tujuan industri kosmetik, pembuatan minuman dan teh herba.

.

.

1001 Khasiat Gula Kelapa?

Gula kelapa semakin diakui khasiatnya kerana kandungan mineral semulajadi yang tinggi.

Antara mineral yang terdapat dalamnya iaitu magnesium, potassium dan vitamin B (B1, B2, B3 dan B6).

Elektrolit ini penting untuk mengawal kandungan air di dalam badan serta bagus untuk fungsi saraf, hati, jantung dan otot.

Gula kelapa turut dikenali kerana ia mesra diabetes.

Dan baik bagi mereka yang punyai masalah hati dan jantung.

Serta,

Inulin, fiber prebiotik mesra usus, seimbangkan paras gula dalam darah serta cegah kanser kolon.

Gula kelapa ada nilai G1 paling rendah iaitu 35.

Manakala gula perang dan gula putih masing masing 60 dan 65-70.

Macam mana nak faham cara Indeks Glisemik berfungsi?

Nilai GI tertinggi glukosa iaitu 100.

Makin dekat maknanya makin banyak glukosa.

Gula kelapa ada nitrogen, yang bantu sokong sistem kardiovaskular. Untuk pastikan jantung kekal sihat.

Gula kelapa adalah raw antioxidant.

Bermaksud ia kekalkan hampir kesemua antioksidan dalam bentuk asal.

Amatlah sesuai untuk gantikan gula putih dalam apa jua masakan dan minuman.

Tapi!

Wajib ingat!

Paling baik tak semestinya boleh ambil berlebihan.

Ambil pada jumlah sederhana dan sesuai mengikut tahap kesihatan.

.

.

Gula Kelapa OCOC Pilihan Ramai?

Time nak beli produk asli atau organik. Rasa ragu dan was was mulai menguasai diri.

Sebab ada banyak produk luar sana yang mengenakan harga tak masuk akal.

Claim produk ori. Bila sampai bungkusan. Rupanya kena scammed.

Jika di Malaysia, nama OCOC sudah tidak asing lagi dalam mengeluarkan produk sihat.

Kualiti terbaik. Halal toyyiban yang mesra sihat. Kesihatan diutamakan.

Madu Uzbekistan, Barley Flakes, Brownies Crunchies, OCOC Vegan, Coco OCOC Smart Student, Kombo Merah menjadi pilihan ramai.

Dan baru baru ni, satu lagi produk baru telah dilancarkan iaitu Mee Kari Nyonya OCOC.

Mendapat liputan berita tempatan Sinar Harian. Mee sihat masak-hidang pertama di Malaysia.

Rasa padu. Semangkuk confirm tak cukup. Paling penting, versi sihat.

Gula Kelapa OCOC juga adalah hot item bagi penggemar makanan sihat.

Merupakan pemanis asli daripada nektar bunga kelapa.

Bernutrisi tinggi. Tiada perisa sintetik, pewarna dan bahan kimia.

100% semula jadi.

Rasanya yang manis berlemak sesuai digunakan untuk masakan dan minuman.

Mengandungi nutrient hebat untuk tubuh seperti:

  • Phytonutrient: bahan hanya ada dalam tumbuhan untuk turunkan paras gula dan kurangkan keradangan.
  • Polifenol: kuat dengan sifat anti oksidan.
  • Kaya dengan vitamin dan mineral: Vitamin B, E, K.
  • Kalsium: baik untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Inulin: mengelakkan blood sugar spike selepas makan.

Kualiti gula kelapa OCOC adalah kualiti yang sama dihantar ke Jepun dan Korea.

Standard tinggilah senang cerita.

DAPATKAN GULA KELAPA DI SINI

.

.

.

Kisah 3: Gula Putih 

Sejarah Putih Hitam Gula?

Tak perlu disangkal lagi gula putih adalah yang paling tidak baik untuk kesihatan manusia.

Tambah lagi apabila diambil dalam kuantiti menyeramkan.

Tapi itulah manusia tak sedar akan hal itu.

Realiti sekarang, gaya hidup pemakanan semua kena lebih.

Gula lebih. Garam lebih. Kuah lebih. Nasi lebih. 

Krisis makanan penyebab penyakit berputar kembali seperti zaman dulukala.

Apakata kita rewind balik…

Tahukah anda? Menurut Saveur (2017),

Pada abad ke-16, harga untuk satu sudu teh gula berharga £5 (RM27) di London.

Ketika itu juga, nilai gula jauh lebih tinggi berbanding alkohol. 

Mahal dia lebih kurang nak beli beg jenama Louis Vuitton lah kalau sekarang.

Waktu ni dah ada yang mengkaji dan berpendapat gula jadi punca penyakit berkaitan paru-paru (kini dikenali sebagai tuberculosis).

Serta penyakit gusi bengkak dan berdarah (skurvi).

Pada abad ke-18, gula putih menjadi satu luxury dan bagi banyak untung sehingga digelar white gold.

Gula melambangkan status dan kuasa ketika zaman Permodenan Eropah.

Di kediaman mereka ketika itu wajib hidangkan kiub gula.

Atau makanan berasaskan gula kepada tetamu untuk menunjukkan status.

Gula putih bak kata orang putih.

The food nobody needs. But everyone craves.

Kalau sekarang, gula melambangkan status penyakit lupa dan kencing manis. 

Gula putih lebih terkenal kerana keburukannya berbanding kebaikan.

Kebaikannya hanyalah sebagai sumber untuk tenaga dan untuk berikan rasa manis.

.

.

Diet Gula Putih?

Boleh relate agak agak kenapa tiap kali masuk Tahun Baru.

Azam 600 tahun lepas iaitu nak kurus asyik menemui jalan buntu?

Sebab amalkan diet gula putih.

Kemain tak makan nasi. Tapi duk melahap croissant. Kentang goreng. Minum air boba. Mengeteh dan mengopi.

Niat nak turun 5 kilo. Timbang balik mak aihh makin naik pulak!

Paling stress, jerawat mula berkhemah di atas muka.

Gula putih lah bajanya. Makin subur nampak.

Yang jadi pengamal diet gula putih digalakkan kembali ke pangkal jalan.

Kalau tak, anda akan berterusan berdepan masalah macam di bawah:

Serius tak seriusnya masalah kesihatan di negara kita.

Malaysia seperti tahun sebelumnya kekal pertahankan takhta sebagai negara paling obes di Asia Tenggara.

Jom lihat sikit data kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali.

Pada tahun 2013, purata tahunan rakyat Malaysia makan sejumlah 43 kilogram gula bagi setiap individu.

Pada tahun 2019 pula sebanyak 42.4 kg. Tiada banyak beza pun.

Dua kali ganda melebihi apa yang disarankan World Health Organization (WHO) iaitu 15-20 kilogram.

Ini hanya ambil kira pengambilan gula putih sahaja.

Tak include lagi gula tambahan, gula tiruan.

Gula tersembunyi dalam minuman tin. Dalam makanan berproses. Dalam pastri.

Gula ni ada banyak spies. Guna nama samaran. 

Ini baru bab gula. Kalau bab pengambilan makanan segera?

Tak cukup ruang nak ulas dekat sini.

.

.

Apa Gula Putih Buat Pada Manusia?

Ada lebih 1001 bahana akibat memakan gula putih. Terutama untuk jangka masa panjang.

Semua ni dah ada bukti sains. Yang rajin baca dan hadam memang patut gerun dengan gula putih.

Selagi tak kena atas batang hidung sendiri. Selagi tu takkan pernah serik. Teruskan ambil dan ambil.

Bila esok esok nanti. Bila badan dah masuk series 40an.

Gula putih balas budi. All in one.

Ini adalah antara 10 hikmat jangka panjang bila makan gula putih:

Kesan pada otak lagilah menggerunkan.

Sindrom ketagih gula boleh dikenalpasti seperti di bawah:

  • Kerap makan makanan manis.
  • Tak suka minum air putih.
  • Suka karbohidrat kompleks bergula.
  • Makanan manis wajib lepas waktu makan utama.
  • Tak gemar buah dan sayur.
  • Tekak jadi kering.
  • Senang letih.
  • Perut kembung.
  • Cepat lapar.

Imbasan otak membandingkan otak pemakan gula putih dengan otak penagih dadah jenis kokain.

Hormon aktif dalam otak meronta-ronta. Merintih merayu supaya disuapkan gula.

Gula putih juga ganggu memori otak. Susah nak ingat ilmu baru.

Daya ingatan lemah. Tiada kena mengena dengan makan semut.

Gula putih sekat bahan kimia yang diperlukan untuk bentuk neuron baru.

Tak pasal pasal kacau tugas hippocampus nak cipta memori baru.

Apa lagi efek gula putih ni pada organ manusia?

Bila ingat balik, sejak kecil lagi duk makan gula putih.

Masa tu tak tahu sampai macam tu sekali kesan bila dah dewasa.

Jadi, macam mana nak berubat daripada terkena sihir pengasih gula putih?

.

.

.

Konklusi? Gula Mana Yang Baik?

Saya yakin tuan puan dah boleh agak gula mana yang semulajadi lebih baik untuk kesihatan.

Gula mana yang patut dijauhkan.

Kalau saya semestinya Gula Kelapa OCOC.

Pilihan di tangan sendiri.

Jagalah hak badan dan sayangilah OTAK.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top