in

Cute Love

Hebatnya Zikir

HEBATNYA ZIKIR

Petang itu tidak hujan. Langit cerah. Matahari tidak sepanas awalnya.

Aku seperti biasa tunggu anak. Cuba menyelak Kalam Agung. Dikurnia buat umat manusia lebih dari 1400 tahun yang lalu.

Setiap kali helaian dijenguk perkataan ini yang keluar – ZIKIR. Banyak diulang. Disuruh-suruh tanpa jemu oleh Allah.

Mataku terpaku sebentar. Pandangan ku lontarkan ke luar. Kepala ligat memikir.

Aku tertanya-tanya apa mesej yang Allah cuba sampaikan pada manusia yang sibuk tidak terkira ini? Allahu Akbar, ajaibnya banyak betul kelebihannya.

Kajian dari Harvard University tahun 2011 buktikannya.

Zikir besarkan hippocampus. Pusat memori dan belajar. Bayangkan apabila hippocampus besar. Apa akan jadi pada kemampuan mengingat dan belajar? Bukankah lebih hebat?

Kajian ini juga dapati amygdala, pusat TAKUT manusia menjadi kurang aktif. Tiada ketakutan. Muncul TENANG. Timbul DAMAI.

SubhanAllah hebatnya zikir ini. Kajian dari Yale University pula dapati ia mampu tenteramkan fikiran liar kita. Fikiran yang melompat sakan dari satu topik ke topik lain tanpa henti. Bahasa Sains Otak ialah Monkey Mind. Bukankah apabila fikiran tidak melayang, kita terasa DAMAI?

Aku menghela nafas. Hebat betul peringatan Allah ini. Suruhan zikir ini juga menurut kajian di UCLA tingkatkan bahagian grey matter (bahagian kelabu) otak. Bahagian ini punya sel otak yang paling banyak.

Maksudnya? Mudah. Sel otak bertambah dengan zikir. Hebat sungguh!

Mataku mula berkaca. Allah berbicara denganku walau di dalam kereta. Sesibuk manapun, jangan lupa padaNYA.

Akhirnya gugur manik putih yang berkumpul di kelopak mata. Menitis satu persatu. Dada berombak kencang.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Ya Allah, izinkan aku menyebut namaMU berulang-ulang kali. Benarkan Ya Allah hingga mata ini tertutup rapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anakku, Jadilah Seperti Pensil, Biar Ayah Jadi Pemadamnya

Bagaimana Saya Tetap Jaga Makan Walau Kerap Bermusafir