Hormon testosteron rendah ada banyak ‘kebaikannya.’
Adakah normal untuk ia berkurang apabila umur menginjak tua?
Jawapannya YA.
Ia normal kerana secara semula jadi.
Testosteron menurun apabila usia bertambah terutama lepas 60an
Tahap testosteron rendah dipanggil hypogonadism.
Bagaimana cara meningkatkan kadar testosteron?
Dan melambatkan penurunannya?
Agar badan dan otak boleh melalui penuaan sihat.
Kalau ikut kajian, 1 dari 4 orang lelaki kurang hormon testosteron
Ini hormon jantan.
Bagaimana kalau muda muda lagi dah kurang hormon?
Apabila hormon ini kurang perkataan,
“Adoi, alamak, macam mana ni?”
Patut muncul dari mulut abam-abam.
Mungkin timbul soalan,
“Kalau tak cukup jadi apa?”
Kalau KURANG TESTOSTERON tidak berapa BAHAYA.
Cuma akan alami ni:
1. Mati pucuk
2.’Kurang jantan’
3. Letih
4. Osteoporosis
5. Mood tidak stabil.
6. Hilang muscle timbul lemak. Perut ‘membengkak’. Tapi tak beranak ranak.
7.’Jatuhnya’ rambut. Makin jarang.
8. Mata berkerdip kerdip. Susah tidur malam.
9. Pembentukan gynecomastia. Nak tahu google.
Tu jer yang akan berlaku.
Ada lagi soalan.
” Macam mana nak naikkan hormon testosteron ni?“
Rileks kejap. Ni nak bagitau ni.
No satu ialah tidur. Senang jer. Percuma. Gratis.
Dapatkan vitamin D. Pun percuma. Dari matahari.
BACA: ‘BAHAYA’ MENANTI JIKA BADAN KURANG VITAMIN D
Sarapan dengan protein telur. Pun murah.
Hapuskan gula putih. Pun free. Tak perlu beli lagi.
Ada banya pilihan gula sihat.
Contoh macam gula kelapa organik tersegar dari ladang.
BACA: GULA KELAPA, GULA PERANG & GULA PUTIH: MANA PALING BAIK?
Ambil makanan ‘testosterone booster’ seperti:
-
- Halia
-
- Delima
-
- Produk cocoa
BACA: 9 CARA TINGKATKAN TESTOSTERON
Abam abam boleh follow?
Follow jer.
Takkan nak ‘penuhi’ 9 kriteria macam diatas tu?
#DrRizal