5 Jenis Ikan Berlemak Kaya Omega-3

Kalau bab protein, kurangkan daging merah.

Lebihkan protein bersumberkan ikan kecil dan filet ayam.

Kalau plant-based protein lagi bagus.

Selain protein, ikan kecil seperti bilis, sardin, hering, kembong, selar.

 Ada zinc, iron, omega-3 dan vitamin B12.

 

Omega-3 adalah jenis lemak tidak tepu yang tubuh kita sangat perlukan.

Namun, sayangnya tubuh kita tidak dapat hasilkan lemak ni.

Jadi kita kena dapatkannya melalui pemakanan harian kita.

Omega-3 boleh mencegah masalah keradangan.

Mengurangkan masalah penurunan fungsi otak dan Alzheimer’s.

Meningkatkan kualiti tidur dan menjaga kesihatan kulit.

Omega-3 paling kaya dalam sumber ikan laut dalam.

1-Cod

Yang paling popular bila sebut pasal cod.

Isi lebih lembut dan putih. 

Sudah semestinya ekstrak minyak ikan cod.

Memang akan bagi anak-anak minyak cod ni semasa mereka tengah membesar.

Tingkatkan daya tahan, rangsang pertumbuhan dan optimumkan perkembangan otak.

Kaya vitamin B6 dan niacin. Fosforus dan selenium.

Cod rendahkan risiko terkena strok. Lindungi kesihatan jantung.

Sumber terbaik lean protein.

Kawal tekanan darah tinggi. Selain kaya iodin untuk fungsi tiroid.

2-Salmon

Salmon ni ramai cakap mahal kan.

Tapi kena faham sebab mahal tu adalah kerana kandungan dia baik untuk badan.

Kandungan vitamin A dan asid amino dalam salmon.

Bantu meningkatkan fungsi otak dan memori.

Kebaikan lain antaranya,

Mencegah serangan jantung, meningkatkan metabolisma.

Mengurangi pembekuan darah, keradangan dan menangani risiko strok.

Nak lagi padu, beli tuna liar.

Isinya warna kemerahan terang berbanding salmon bela yang warna oren. 

3-Tuna

Tuna bagus untuk membekalkan kolesterol baik pada tubuh.

Redakan kesan kolesterol tidak baik.

Tuna juga sarat dengan vitamin B kompleks, magnesium, potasium dan mineral.

Tuna dapat meningkatkan daya tahan tubuh.

Menjaga fungsi ginjal dan mencegah kemurungan.

Kebanyakan suka makan tuna ni sebagai salah satu makanan diet.

Tuna kaya vitamin B12.

Vitamin penting untuk bantu badan hasilkan sel darah merah.

4-Hering

Harga hering jauh lebih murah berbanding salmon atau tuna.

Dan boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Hering juga seringkali dijadikan sumber minyak ikan.

Sama seperti cod, dan bukan sahaja bagus untuk kesihatan tetapi juga bagus untuk kecantikan.

Kaya vitamin D, selenium dan zat besi.

Bagi sesiapa yang selalu ada masalah kulit dan jerawat tu.

Bolehlah start makan hering ni.

5-Tenggiri

Ha siapalah yang tak kenal dengan tenggiri ni kan.

Ramai rakyat Malaysia suka makan tenggiri.

Lazat, lembut, dan menyelerakan dalam apa jua bentuk hidangan.

Sekali pekena singgang tenggiri memang merecik!

Kaya vitamin B2, B3, B6 dan B12.

Serta vitamin D.

Tenggiri bagus untuk mengurangkan risiko diabetes.

Menguatkan jantung dan saluran darah dan mencegah anemia.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top