Sukar Ingat Nama Orang?

 

Pagi tadi berbual dengan seorang anak muda. Usia awal 20an. Hebat orangnya.

Wajahnya sentiasa ceria. Kerjanya juga memberi keceriaan pada yang lain.

Dia bercerita tentang betapa ramai orang dijumpainya. Tetapi sukar mengingat nama mereka. Hanya cam muka sahaja.

Fenomena begini “biasa” bagi yang sudah berumur 40an atau 50an. Bagi yang berumur 20an dan 30an apabila tampil bergaya dengan isu mudah LUPA, itu BAHAYA.

Gaya hidupnya MUDAH. Makan apa yang sedap. Minum mesti berperisa.

Tidak kisah ada MSG atau tidak. Tidurnya pula mestilah menjelang dinihari. Membaca pula bukan buku tetapi mukabuku.

Apabila kita juga punya gaya hidup seperti ini, jalan hadapan kitapun akan beralun seperti anak muda ini.

Kita mahu mengundang bahagia dihujung usia. Tetapi yang menjengah adalah derita. Yang bertandang tidak mahu penyakit yang merundung malang.

Biar bahagia sekarang bahagia di hadapan. Biar di hujung masih mampun menguntum senyuman. Tanda tiada penyakit bersarang.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Makanan ‘Collagen Booster’ Untuk Kulit Awet Muda

Roti Putih Atau Roti Sourdough – Mana Lagi Bagus?

Bila Waktu Terbaik Minum Green Tea? Ini Jawapan Dr Rizal

Bahaya Boric Acid Dalam Mi Kuning – Ini Perkongsian Dr Rizal

Pemanis Tiruan Sucralose Bagus Ke? Ini Perkongsian Dr Rizal

10 Khasiat Sebenar Legum (Biji Bijian) Anda Perlu Tahu

Scroll to Top