9 Tanda-Tanda Penurunan Prestasi Otak

Jalan ke Kota Samarahan boleh tahan sibuknya.

Motorsikal, lori dan kereta semua mahu mengambil ruang ke Kota Samarahan.

Jalan makin menyempit rasanya.

Dari jauh kelihatan satu susuk tubuh berjalan longlai.

Berhelmet merah. Sekejap tunduk dengan tangan di lutut.

Kenderaan diperlahankan. Mahu melihat siapa gerangannya.

Kelihatan seorang tua melebihi separuh abad, agakan dari raut rupanya.

Kenderaan diberhentikan setelah trafik agak reda.

Dalam kereta sudah tersedia air mineral. Air dicapai. Pintu dikuak luas.

Saya terus berjalan menghampiri susuk tubuh manusia melebihi separuh abad itu.

Bajunya lusuh. Helmetpun umpama buah tembikai yang telah diambil isinya dan diletakkan tali.

Tanpa sepatah perkataan. Saya hulurkan air. Dengan pantas dia mencapai. Diminumnya dengan rakus.

Air tumpah. Basah baju dibuatnya. Tersedak.

Soalan pertama yang ditanya ialah hendak ke mana? Dari mana? Dia tidak tahu. Tidak ingat.

Berhelmet tetapi tidak bermotorsikal. Di mana ditinggalkan motornya pun dia tidak ingat. Katanya mahu pulang.

Tidak ingat di mana rumah. Tiada dompet. Tiada pengenalan diri.

Dari lagak, tutur bicara serta kelirunya saya sudah mengagak.

Hamba Allah ini perlu dibawa ke balai polis berdekatan.

Kemungkinan beliau mengidap alzhemeir. Tidak dapat ingat dan lupa kronik adalah gejalanya.

Kerosakan pada Dorsolateral Prefrontal Cortex jelas kelihatan.

13886269_306177893106876_4796261899260073889_n

Terbayang di saat itu, andai yang berjalan itu ayah sendiri.

Bagaimana rasanya kita yang melihat? Bagaimana pula kita sendiri menjadi begitu?

Hidup seperti terpenjara. Dilarang keluar rumah takut tidak dapat pulang semula.

Lupa. Tidak dapat ingat. Cerita yang melekat sezaman dengan cerita zaman P. Ramlee.

Itu gejala biasa bagi pengidap alzhemier.

Semua ini dapat dielak andai kita berhati-hati dengan cara hidup kita sekarang.

Berwaspada dengan apa yang kita makan. Tidak berkira-kira untuk tidur secukupnya.

Ianya bermula dengan tanda-tanda penurunan sedikit prestasi otak.

Antaranya:

1. Bermasalah mengingati nama atau mencari perkataan apabila berbicara.
2. Sukar mengingati nama orang yang baru kita kenal. Terkial-kial kita dibuatnya.
3. Sukar melaksanakan tugasan samada di rumah atau ditempat kerja. Orang rumah atau rakan sekerja lebih mudah melihat perubahan ini.
4. Tidak dapat ingat apa yang baru dibaca (masih ingat cerita di atas?)
5. Hilang barang atau salah tempat dalam mencari barang sendiri
6. Kesukaran merancang sesuatu. Perlukan masa yang lama untuk merancang.
7. Sukar mengingati peristiwa penting dalam hidup. Tarikh lahir pasangan atau tarikh diijabkabul tiada lagi tersemat di memori.
8. Mudah terasa. Mood tidak stabil.
9. Banyak tidur di siang hari.

Letih” adalah mantera yang terbit dari bibir.

Andai kita pemilik simptom di atas, wajar lakukan tindakan segera.

Lakukan sesuatu untuk otak kita. Belajar untuk merubah kesihatan otak kita.

Terlanjur perahu boleh di undur. Terlubang otak padah akibatnya.

Otak kita tanggungjawab kita.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top