Makanan Tidak Berkhasiat

Jajan Jajan Jer

Jajan atau makan ringan memang menggiurkan.

Cara pembungkusannya menggoda. Warna diguna menggiurkan.

Tarikan utama pada kanak-kanak. Lambakannya di sekolah.

Duit saku diberi diguna membeli jajan ini.

Tahun lepas universiti tempat saya belajar dahulu iaitu the Australian National University (ANU) dan Deakin University membuat kajian bersama.

Kedua-duanya mengkaji kesan pengambilan makanan ringan ke atas otak.

Berikut adalah dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak:

1. Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampus menjadi kecil.

2. Mengurangkan hormone BDNF di dalam otak.

Tugasnya ialah memelihara sel-sel otak dari rosak.

3. Lebih terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan nyanyuk

4. Menyebabkan keradangan pada otak dan mengganggu pembentukan memori sekurang-kurangnya 3 minggu setiap kali kita mengambil makanan ringan.

Kefahaman dari kajian ini ialah makanan ringan atau jajan merosakkan otak.

Kita jadi sukar untuk belajar.

Memori gagal terbentuk selama tiga minggu setiap kita berjajan-jajan.

Yang terburuk sekali ianya mengecilkan otak.

Lebih buruk otak anak-anak yang sedang membesar.

Andai kita pemberinya, kitalah juga punca bodohnya anak kita.

Mahu anak pandai hentikan jajan.

Tiada guna pada otak dan badan.

Cuma pelingkup kepada msa depan.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top