Ada peminat kacang buncis tak dekat sini?
Kacang buncis masuk kategori sayur kekacang rendah kalori
Bebas lemak. Sesuai bagi yang berdiet.
1 cawan kacang buncis = 30 kcal
Nak masak pun senang. Tak perlu bersilat bagai di dapur.
Boleh digoreng kilas, direbus atau digrill dengan sedikit salt & pepper.
Kacang buncis bantu turunkan kolesterol jahat.
Jadi kalau takut kolesterol jahat tu tinggi, boleh hadap kacang buncis ni.
Ada protein bantu sihatkan tulang, rambut, organ & otot.
Ada vitamin A, B6, C, E, K, iron, kalsium, magnesium, niacin & thiamin.
Selain kaya serat dan folic acid.
Kalau mahukan protein tumbuhan, boleh berdamping dengan kacang buncis
ARTIKEL SETERUSNYA:
8 KHASIAT LUAR BIASA TEH BUNGA TELANG
Kacang buncis tinggi iron.
Bantu tingkatkan kesuburan akak akak.
Sumber lain seperti bayam, labu, keledek, brokoli, kacang pis dan kale.
Sesuai diamalkan oleh ibu hamil.
Nak bagi penyerapan iron bertambah, gabungkan dengan sumber kaya vitamin C
Seperti capsicum, tomato, bunga kobis, lada, parsli.
Kalau ada masalah darah tinggi dan diabetes, boleh mengudap kacang buncis.
Tahap proteinnya bantu stabilkan tekanan darah.
Dan kawal kandungan gula dalam darah.
Ramai tak tahu, kacang buncis bantu sihatkan jantung.
Kandungan serat dalam kacang buncis bertambah apabila dimasak.
Kebanyakannya ialah serat larut.
Serat larut ni bantu turunkan kadar kolesterol jahat.
Sekali gus kurangkan radang pada salur darah di jantung.
ARTIKEL SETERUSNYA:
SELAIN WANGI, INI 14 KHASIAT DAUN PANDAN
Kacang buncis masuk kategori sumber rendah FODMAP.
FODMAP ni apa?
Contoh makanan tinggi FODMAP ialah kacang kuda.
Ada yang tanya saya,
“Kenapa ye makan chickpeas, perut jadi kembung?”
Kacang kuda ada FODMAP (Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides & Polyols.)
Haa tu dia panjang kemain namanya.
FODMAP ni sejenis gula yang diihasilkan dari karbo.
Tapi tak diserap sepenuhnya oleh usus.
Gula ni mula simpan air di usus besar. Bila tak diserap maka usus mula mengembang.
Bagaimana cara kurangkan kesan FODMAP?
FODMAP bersifat larut dalam air dan boleh dikurangkan jumlahnya.
Rendam chickpeas dalam air selama 2-3 malam dan basuh sampai bau hilang.
Boleh direbus atau dibuat juadah.
Kalau ambil kacang buncis, tak perlu risau tentang kembung perut.
Jom membuncis!