Kanak Kanak & Otak

Seorang ibu buntu. Semua yang dilakukan kepada anak disambut dengan TIDAK.

Perkataan itu sudah semacam mantera wajib bagi si anak.

Andrian sudah berumur 9 tahun. Tidak dengar cakap ibu perkara biasa.

Melawan secara fizikal pun kerap. Tendang dan tumbuk ibu adalah lumrahnya.

Si ibu Lisa sudah tidak tahan lagi. Dibawa bertemu sang psikiatris tersohor, Erikson Milton.

Lisa diminta keluar agar Milton boleh berbicara dengan Andrian.

Andrian dipelawa duduk. Jawapan yang diberi Andrain ialah NO.

Sambil menghentak kaki kanannya dengan kuat. Dipelawa sekali lagi dengan balasan yang sama dari Andrian.

Lantas Milton berkata

“Mesti kamu mampu hentak kaki sebanyak 100 kali sebab kamu sudah besar.”

Mendengar kata-kata itu, Andrian terus menghentak kakinya dan mengira dengan kuat.

Andrian mahu dianggap sebagai lelaki dewasa.

Bagi si ibu Andrian masih seorang budak kecil. Jadi Milton menggunakan bahasa yang Andrian suka.

Milton memanggilnya sebagai ‘Young Man”.

Awalnya kuat sekali hentakkan Andrian.

Lama kelamaan hentakkan semakin perlahan. Suara juga semakin perlahan.

Akhirnya Andrian mengalah. Tidak mampu habiskan.

Milton berkata, “orang yang sudah besar pun berasa penat dan duduk. Apa kata kamu duduk”.

Akhirnya Andrian pun duduk. Bicara Milton diteruskan. Lama juga mereka berbicara.

Akhiranya, Lisa dipanggil masuk. Lisa terkejut dengan perubahan watak Andrian.

Menjadi sopan dan senyum melihat ibunya.

Andrian lantas bangun dan mempelawa ibunya duduk.

Tidak pernah berlaku sebelum ini. Lisa tambah terkejut.

Perubahan Andrian ketara dan pantas. Apa yang berlaku?

Kanak-kanak tidak berfikir menggunakan prefrontal cortex (PFC) seperti orang dewasa. Letaknya PFC dibelakang dahi kita.

Kanak-kanak berfikir menggunakan amygdala. Ini pusat emosi.

Fikir dan emosi dicantum boleh meletus seperti gunung berapi.

Apabila Andrian menghentak kakinya dan berkata NO, amygdalanya sedang aktif.

Apabila dia diminta duduk, PFC tidak aktif.

Kanak-kanak seperti Andrian akan ada masalah pada PFC.

Biasanya apabila aktiviti konsentrasi dilakukan, PFC akan aktif. Tetapi tidak berlaku pada Andrian.

Apabila beliau cuba beri konsentrasi, PFC menjadi tidak aktif.

Untuk aktifkannya beliau terpaksa berjalan-jalan, mengusik dan mengganggu orang.

Pelajar begini akan mendatangkan masalah kepada guru.

Begitu juga di rumah. Akhirnya menjadi mangsa dimarahi.

Kanak-kanak begini akan terganggu pencapaian akademik mereka.

Andainya ibu bapa menghantar anak-anak sebegini ke pusat tuisyen, ianya hanya membuang duit.

Isunya di amygdala dan PFC. Selesaikan isu hardwarenya. Belajar itu software.

Software akan mudah beroperasi andai hardware mempunyai kapasiti yang baik.

Jadi, baiki hardware dulu. Kemudian fokus kepada software.

Ibubapa perlu belajar pasal otak untuk tahu tangani anak-anak.

Perlu tahu perkembangan otak untuk memahami anak. Yang penting ialah jangan berhenti belajar.

Ilmu OTAK akan dikongsikan secara online di neuroversiti.com.

Nantikan ilmu mahal ini, jangan lupa ‘see first’ facebook saya.

Otak kita tanggungjawab kita.

P/S: Mahu belajar tentang OTAK ? Boleh belajar melalui kelas OCOC Online! Pendaftaran akan ditutup tak lama lagi.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top