11 Kebaikan Menderma Darah Menurut Kajian

Ada terbaca berita tentang sepasang suami isteri.

Yang konsisten derma darah sebanyak 112 kali.

Bukan 12 kali ye.

Mungkin ramai berasa gerun. “Tak ada komplikasi ke?”

Jangan risau. Ada syarat syarat yang perlu dipenuhi untuk derma darah.

Contohnya, sihat tubuh badan tanpa sebarang penyakit.

Berat perlulah 45 kg dan ke atas. Tekanan darah juga perlu normal.

Selain dapatkan tidur cukup. Tidak berpuasa.

Ia juga tiada kesan membimbangkan.

Derma darah sangat bermanfaat untuk tubuh.

Setiap kali anda dermakan darah anda.

Ia mampu menyelamatkan sekurang kurangnya 3 nyawa.

Yang sihat tubuh badan, disarankan untuk lakukan amalan mulia ini.

Boleh lah dijadikan baja pahala untuk akhirat nanti.

 

Ini kerana bekalan darah di Malaysia berada pada situasi kritikal.

Selepas derma darah, disarankan untuk minum air putih dengan kerap.

Lebihkan makanan kaya zat besi seperti sayur sayuran.

Selain makanan laut seperti kerang, kekacang, roti wholegrain dan daging merah.

Kalau saya, ambil Granola Bar dan minuman Vegan OCOC.

Dark chocolate tinggi iron

Untuk bantu topup balik zat besi yang hilang.

Tidak lakukan aktiviti berat seperti senaman dan rehat secukupnya.

Apa kebaikan menderma darah?

Menurut kajian dikeluarkan oleh Pusat Darah Negara dan American Journal of Epidemiology.

Derma darah bantu:

1. Tingkatkan kesihatan jantung [88% rendah risiko terkena serangan jantung]

2. Cegah risiko terkena kanser [jika paras zat besi terlampau tinggi]

3. Bakar sekurang kurangnya 600 kalori [cergaskan tubuh]

4. Perlahankan pengoksidaan kolesterol

5. Seimbangkan paras zat besi dalam darah

6. Rangsang penghasilan sel darah baru

7. Legakan stress/tekanan

8. Tingkatkan peredaran & aliran darah

9. Cegah risiko darah terlampau pekat/cair

10. Bantu ‘collagen re-synthesis’  untuk kulit sihat

11. Kurangkan bahan kimia ada dalam darah

Bahan kimia seperti perfluoroalkyl and polyfluoroalkyl substances (PFASs).

Kebiasaan ada dalam produk kegunaan harian.

Jom derma darah! 

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0