Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi atau EQ adalah gagasan besar.

Terma ini melonjak naik pada tahun 1998. Pelonjaknya ialah Daniel Goleman.

Lantas EQ ini diangkat oleh para trainer. Mahu berjaya dalam hidup, EQ mesti mantap.

Mesti tahu cara mengurus emosi sendiri.

Perlu ada skil membaca dan memahami emosi orang.

Mesti tahu cara mengguna emosi dengan betul.

Keterujaan kepada EQ meninggi. Buku berkaitan EQ dibaca.

Semua buku bertajuk EQ dan EI dibeli dan dihadam.

Sehingga EQ diangkat menjadi kajian tesis master di Monash University.

Antara pencadangnya ialah Saudara Nor Idham Che Ghani. Guru Karier No 1 di Malaysia.

Dicadangkan tajuk kepada supervisor. Beliau bersetuju. Bermulalah kembara membuat tesis..

Dalam masa yang sama kelas perlu dipenuhi. Latihan klinikal perlu disudahkan.

Ketika mahu mendaftar sebagai Provisional Psychologist, Australian Psychological Society menolak permohonan.

Gagal. Pengajian di UIA tiada tesis.

Itu puncanya. Natijahnya besar. Gagal daftar perlu bungkus barang balik ke Malaysia.

Cara penyelesaiannya ialah menulis tesis untuk program Post Graduate Diploma (PGDip) in Health Psychology. Program dua tahun. Termenung sebentar.

Perlu siapkan tesis master lagi. Andai tidak siap thesis, tidak dapat daftar. Andai tidak daftar, tidak dapatkan siapkan latihan klinikal.

Mampukah? Sempatkah? Itu persoalan yang bemain di benak fikir.

Bergenang air mata ketika itu. Anak-anak masih kecil. Kerja sebagai Line Manager di Motorola sudah ditinggalkan.

Malam itu berfikir panjang. Tangan diangkat. Mengadu pada yang SATU.

Pulang ke Malaysia bukan lagi opsyen. Kembara memandaikan bangsa mesti diteruskan.

Esoknya berjumpa dengan Prof Phillip Greenway, ketua jabatan program Psikologi di Monash University.

Hasrat dinyatakan. Mahu buat tesis untuk PGDip dan master dalam masa yang sama.

Prof Greenway tersenyum. Geleng dan angguk.

Are you sure? People take one to two years to complete their theses”, soalnya.

Yes, I don’t have any choice.” jawab saya.

Bermulalah zaman sibuk menulis dua tesis dalam satu masa.

Sibuknya tidak tergambar oleh mata. Masih lagi ketika itu bekerja di kilang roti.

Tesis PGDip disiapkan dalam masa dua bulan. Ya, hanya dua bulan. Keputusannya subhanallah menakjubkan – Highest Distinction.

Prof Greenway terkejut. Pensyarah lain juga. Diri ini juga terkejut. Tesis master dalam masa 6 bulan.

Soalnya bagaimana saya bisa mencapainya.

Saya gunakan teknik Mastermind – Master My Mind Master My Life.

Keluarkan the masterpiece in me. Bab ini saya akan kongsikan nanti.

Kembali kepada tesis master. Betulkah Daniel Goleman pengasasnya?

Ini soalan yang bermain di benak sekitar awal tahun 2000.

Saya mula mengkaji. Terma EQ sudah digunapakai oleh pengkaji di Jerman sekitar tahun 1960an lagi. Sudah berakar rupanya.

Kajian tidak terhenti di situ. Dikaji kitab Al-Muqaddimah oleh Ibnu Khaldun.

Rupanya Ibnu Khaldun lebih awal membicarakan hal EQ ini. Beratus tahun lebih awal.

Tesis ditulis, dibentang dan disiapkan.

Hasilnya ialah Highest Distinction with No Correction – tanpa pembetulan.

Syarikat penerbit dari Jerman menghubungi. Mahu terbitkan.

Amazon.com penjadi penjualnya. Boleh cari di situ.

Apabila ilmu EQ ini dipadankan dengan ilmu otak, ianya lebih menarik lagi.

Lebih mantap. Lebih jelas dan terkini.

Di mana letaknya EQ di otak di Prefrontal Cortex.

Letaknya dibelakang dahi. Bahagian ini perlu dijaga.

Bahagian sangat sensitif dengan makanan yang diambil.

Mahu selamatkan bahagian ini elak dari ambil P.G.M

Apa itu PGM?

P – Processed food. ada malapetaka mengintai dari ‘makanan’ sebegini.

G – Goreng gorengan. Tingkatkan inflamasi pada organ terutamanya otak.

M – MSG. Otak tidak perlukan. Ganggu pembelajaran. Jadikan kita ketagih pada ‘makanan’.

Kalau mahu jaga PFC ini, elaklah PGM ini.

Boleh boleh?

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top