Bersyukur Saat Diuji

Kekuatan Pada Saat Diuji ~

Kita selalu sangka kita ni lemah. Tak pandai. Tak punya apa-apa.

Kita terlupa, Allah sebut kita sebagai sebaik-baik ciptaan. 

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Kita alpa hakikat ini kerana berfikir dalam kawah derita dan sengsara.

Bila asyik fikir begini sampai jadi addicted pada emosi negatif. Emosi sedih.

Besyukur Saat Diuji

Perasaan sayu, geram, kecewa. Kita ulang rasa semua emosi ini. Sampai kita jadi serasi dengan rasa macam ni.

Lama lama kita jadi penagih pada perasaan-perasaan nj. Setiap hari kena ulang emosi macam ni.

Tanpa kita sedari bangun pagi sahaja kita tekan butang replay perasaan sedih, kecewa, sayu, geram, marah.

Otak kita pun dengan selamba play atau mainkan semula semua emosi. Siap dengan tingkahlaku lagi.

Emosi yang dipasangkan dengan tingkahlaku ni, lama lama jadi sebati. Bentuk personaliti.

Bila orang tengok kita yang dilihat ialah seorang stress, depressed, atau pemarah.

Kita tak perasan ada satu sisi lagi. Bila sesuatu event berlaku, ada sudut lain yang boleh kita faham. 

Contohnya:

Saat kita diuji, Allah nak beritahu kita ada kekuatan

Sebab itu kita masih berdiri. Sebab itu masih bernafas. Sebab itu kita mampu berfikir.

Saat diuji itulah baharu terserlah kekuatan diri. Baharu tersedar kelebihan yang ada. Baharu terpandang sisi kita yang berbeza.

Cuma selalunya kita tidak pandang sisi ini. Kita terpana pada keburukan. Lihat apa yang berlaku sebagai benda buruk. Terasa seperti musibah.

Cuba reframe cara fikir. Apabila sesuatu berlaku, Allah cuba beritahu kita ada kekuatan. Kita ada kelebihan. Kita ada kemampuan.

Bersyukurlah saat diuji.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top