15 Kelebihan Dark Chocolate Untuk Kesihatan

“Saya suka coklat. Dalam majalah sebut coklat bagus. Dalam internet pun serupa.
“Jadi boleh tak saya makan coklat?”

Ini soalan yang selalu dilontarkan. 

Coklat yang mana satu yang baik?

Coklat yang selalu terbayang difikiran, selalu kita dengar, atau yang dimakan ialah coklat becampur susu dan gula.

Ada diletak kekacang. Ada ditambah kismis.

Itu yang biasa kita rasa, dengar dan nikmati.

Ada satu jenis lagi iaitu coklat hitam atau dark chocolate.

Biasa diguna dalam masakan. Tidak tertelan kalau diambil langsung.

Persoalannya yang mana satu bagus. Yang sedap atau yang tidak sedap?

Yang bagusnya ialah dark chocolate.


ARTIKEL BERKAITAN:

9 SEBAB UTAMA KENAPA DARK CHOCOLATE PILIHAN TERBAIK

Perbezaan Dark Chocolate & White Chocolate


Apa sebenarnya perbezaan coklat hitam dan coklat putih? 

Pasti ada diantara anda yang kurang tahu mengenai perbezaan kedua-dua jenis coklat ini kan?

Coklat gelap dan coklat putih SAMA mengandung koko yang diambil dari biji buah koko.

Ada 3 BAHAGIAN yang boleh diambil dari buah koko ini: 

Sari koko (Bahan asas dari buah Coklat yang dicairkan), lemak koko (lemak ) , dan Jalfrezi koko (bahagian buah coklat yang tidak mengandung lemak, yang mengandungi lapisan Jalfrezi)

Coklat gelap diperbuat dengan menambah lemak koko dengan gula dan Jalfrezi koko.

Berbeza dengan coklat putih, coklat gelap tidak memiliki KANDUNGAN susu. Coklat putih mengandungi lemak koko, gula dan susu dan sama sekali tidak mempunyai sari koko.


1. Rasa

Coklat gelap beri rasa MANIS coklat dan meninggalkan rasa PAHIT setelah dimakan.

Manakala, coklat putih beri LEBIH rasa susu dibandingkan rasa coklat itu sendiri kerana tidak mengandungi sari coklat ataupun Jalfrezi koko.

2. Tekstur

Coklat gelap mempunyai tekstur yang kering dan kasar kerana tidak mempunyai kandungan susu.

Sementara itu, coklat putih memiliki tekstur yang lebih halus dan sedikit melekit.

3. Penggunaan

Coklat gelap biasa dijual dalam bentuk batang atau kepingan dengan kandungan coklat yang berbeza.

Kalau tak nak cuba dalam bentuk kepingan sebab pahit sangat boleh cuba dalam bentuk brownies.

Brownies OCOC mengandungi 80% Coklat gelap, gula kelapa, badam, tepung mil, telur, serbuk koko.

Rasanya buat ramai yang ketagih. 

Selain itu, coklat gelap juga sering digunakan sebagai sos topping dan sebagai bahan minuman coklat.

Coklat putih biasa dijual dalam bentuk kepingan, serta digunakan sebagai bahan dessert dan gula-gula.

4. Bahan

Coklat gelap dihasilkan dari bahan dasar buah koko dan mengandungi sari dan serbuk koko, lemak koko dan gula, namun tidak mengandungi susu.

Coklat putih lebih banyak mengandung gula, lemak koko, dan susu. Coklat putih ini tidak mengandungi kandungan serbuk coklat.

5. Manfaat 

Coklat gelap dipercayai dapat memberikan banyak keuntungan bagi kesihatan, terutama bagi kesihatan otot jantung, kerana kandungan flavonoid dan antioksidan yang tinggi. 

Namun, coklat putih tidak mempunyai banyak kelebihan seperti yang diberikan coklat gelap.

Berdasarkan perbezaan-perbezaan tersebut, coklat mana yang akan anda pilih?


3 Kandungan 'Baik' Dalam Dark Chocolate


1. Mengandungi theobromine.

Bagus untuk meningkatkan kepantasan berfikir. Menambah tenaga otak.

2. Tidak mengandungi kafein.

Bagus untuk fokus dan siap siaga.

Kekadang kita terlalu asyik melakukan sesuatu hingga terlepas masa.

Sebabnya ialah munculnya Penylethylamine atau PEA.

Kita jadi leka, asyik dan seronok dengan perkara yang kita lakukan.

3. Ada Anandamide.

Dikenali sebagai ‘feel good chemical’. Kesannya sama macam mengambil ganja.

Ya ganja yang kesannya kepada seluruh otak.

Menyebabkan otak tidak aktif.

Berbeza dengan Anandamide.

Memberi keseronokan dengan mengekalkan otak yang aktif.

Dark Chocolate lebih baik dari jenama-jenama popular coklat di pasaran.

Pilihlah dark chocolate andai mahu makan coklat.

Mahu makan pun mesti belajar.

Jangan bersandar dengan fahaman tradisi semata. Zaman berubah.

Mesti belajar. Usah berhenti belajar.

Ilmu mesti terus dicari dan digali.


7 Manfaat Dark Chocolate Untuk Kesihatan


1. Melancarkan Pengaliran Darah

Coklat gelap mempunyai bahan yang dinamakan sebagai flavanol.

Bahan ini boleh memberi rangsangan kepada endotherium, iaitu lapisan arteri untuk menghasilkan nitrik oksida.

Salah satu fungsi NO adalah untuk menghantar signal kepada arteri untuk bekerja dengan rileks dengan melenturkan lapisan pembuluh darah.

Apabila hal ini terjadi, perederan darah akan menjadi lebih lancar.

Dengan meningkatnya aliran darah, tekanan darah akan menurun secara signifikan.

Banyak dapatan kajian lain menunjukkan bahawa koko dan coklat gelap boleh meningkatkan pengaliran darah dan merendahkan tekanan darah.

Justeru, manfaat coklat gelap dalam melancarkan pengairan darah dan menormalkan tekanan darah tidak harus dipandang enteng.

2. Meningkatkan Prestasi Otak

Coklat gelap juga boleh meningkatkan prestasi otak.

Terdapat satu kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang sukarelawan.

Berdasarkan kajian tersebut, didapati bahawa dengan mengambil koko yang mempunyai sumber flavanol yang tinggi selama lima hari berturut-turut, pengaliran darah ke otak akan meningkat.

Koko juga akan dapat meningkatkan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas yang mempunyai kecacatan mental.

Ianya dapat meningkatkan kepetahan bertutur.

Sebab itulah Coco OCOC menggunakan Dark Chocolate sebagai bahan utama dalam penghasilan setiap paket OCOC.

Sukatannya pula bersesuaian dengan keperluan otak.

3. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda.

Coklat gelap memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku.

Makan coklat gelap juga boleh mencegah arteriosklerosis (pengerasan arteri).

Flavanol yang terdapat dalam coklat gelap bukan sahaja mampu melancarkan pengaliran darah, tetapi ianya juga dapat menjadikan platelet darah kurang melekit.

Jadi, pengumpulan darah dapat dielakkan, dan ini juga dapat menghalang strok.

Tambahan pula, koko mempunyai bahan perangsang seperti kopi dan juga theobromine yang menjadi kunci utama.

Sebab ianya boleh meningkatkan fungsi jantung dalam jangka masa yang singkat.

4. Sumber Antioksida Luar Biasa

Coklat gelap kaya dengan bahan organik aktif yang bertindak sebagai sumber antioksida. Antaranya termasuklah polifenol, flavanol dan catechin.

Terdapat satu dapatan kajian yang menunjukkan koko dan coklat gelap mempunyai aktiviti antioksida yang lebih tinggi.

Berbanding pelbagai jenis buah yang diuji, termasuk beri biru dan juga beri acai.

Antioksidan boleh membantu untuk membebaskan badan anda daripada radikal bebas yang menyebabkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel.

Radikal bebas yang terdapat dalam badan inilah yang menjadi penyebab kanser.

Kalau nak tahu kandungan minuman Coco OCOC tinggi antioksidan.

Dengan kandungan Dark Chocolate 70% – berfungsi menghilangkan rasa ‘craving'. Bersifat antioksida yang luar biasa.

Ianya juga memberi kesan kepada proses penuaan.

Percaya atau tidak, dengan mengamalkan coklat gelap, selain terlindung daripada pelbagai jenis kanser, ia juga mampu menbuat kulit wajah anda menjadi awet muda!

5. Bantu Mengurangkan Berat Badan

Terdapat satu kajian yang dilakukan di Itali  pada tahun 2005 mendapati bahawa coklat dapat meningkatkan sensitiviti dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

Sensiviti ini akan mengawal kadar gula dalam darah menjadi paras normal.

Coklat gelap sendiri memiliki kadar glidemik yang rendah sehingga tidak akan menyebabkan peningkatan gula darah.

Satu lagi kajian yang dijalankan pada tahun 2009 yang telah diterbitkan dalam “Southern Medical Journal” telah mengkaji,

Kesan coklat gelap terhadap 28 sukarelawan yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Kajian ini mendapati bahawa polyphenol yang terdapat dalam coklat gelap mempunyai fungsi dalam mengawal tahap kolestrol.

Selain itu, pengambilan coklat gelap yang kaya dengan polyphenol ini  selama tiga minggu juga boleh meningkatkan tahap kolestrol baik dan mengurangkan kolestrol jahat sehingga 9 peratus.

6. Melindungi dan Mencantikan Kulit

Bahan bioaktif yang terdapat dalam coklat gelap juga sebenarnya amat baik untuk kulit anda.

Flavanol mempunyai fungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

Selain meningkatkan pengaliran darah ke kulit, ketumpatan kulit dan kadar hidrasi dalam badan juga akan meningkat.

Dengan mengamalkan pengambilan coklat gelap yang mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan koko, kedutan di kulit juga akan dapat dihilangkan.

Tak hanya itu, dengan mengurangkan hormon stres, coklat dapat meningkatkan mood gembira, lantas  menghalang kerosakan kolagen.

Kolagen adalah protein yang akan mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.

7. Meningkatkan Daya Penglihatan

Manfaat flavanol dalam melancarkan pengaliran darah dalam tubuh sememangnya dapat meningkatkan pelbagai fungsi lain dalam tubuh. Ini termasuklah bahagian mata.

Hal ini terjadi apabila  bekalan darah ke retina berjalan lancar dan tidak mempunyai apa-apa halangan.

Terdapat satu kajian yang dijalankan ke atas 30 orang  sukarelawan dewasa.  

Mereka dikehendaki mengambil coklat dan tahap penglihatan mereka diperiksa selepas dua jam. 

Kajian mendapati bahawa coklat gelap mempunyai lebih banyak kebaikan daripada coklat putih.

Peserta yang mengambil coklat gelap mempunyai sedikit peningkatan terhadap daya penglihatan mereka berdasarkan ujian penglihatan yang dijalankan ke atas mereka berbanding peserta yang mengambil coklat putih.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top