Kenapa Masih Rasa Gemuk Walau Sudah Kurus?

Waktu tengahari. Aku menunggu waktu zohor. Masih di Cafe Hotel.

Buku di tangan. Helaian demi helaian diselak. Asyik dan kusyuk.

Tiba-tiba kusyukku terganggu. Ada sapaan. Aku mengangkat muka dan berpaling.

Mr M tercegat di sebelah kanan. Terukir senyum di wajahnya.

Tangannya sudah berada di hadapanku.

Salamnya ku sambut. Tangannya ku jabat. Kami bertanya khabar masing masing. Santai.

Mr M lelaki 30an. Gaya awalnya seperti 40an.

Lebihan dagangannya terserlah dengan isi pipinya yang gelebeh.

Mr M lelaki obes. Asyik sakit lutut asalnya. Doktor nasihat turunkan berat badan.

Mr M mencuba pelbagai cara. Sekejap sahaja turun.

Naik semula beratnya. Dengan OCOC Alhamdulillah beratnya terus turun.

Tiba-tiba Mr M ajukan soalan. Kenapa dah kurus tetapi masih rasa gemuk.

Aku senyum. Mr M sudah kurus tapi masih rasa gendut dan gemuk. Beratnya turun hampir 30kg.

Dalam bidang sains otak apa yang berlaku pada beliau adalah fenomena biasa otak. Dinamakan peripersonal space.

Pernah pandu kereta dan terpaksa lalui bumbung yang rendah?

Apa yang kita lakukan? Tundukkan kepala bukan?

Soalnya kenapa? Kita di dalam kereta bukannya di luar?

Tetapi terasa seperti akan memgenai kepala sendiri.

Itulah peripersonal space.

Apabila kita gunakan sudu dan garpu untuk makan, kita tidak sentuh daging dengan tangan.

Hanya gunakan dua alat yang tidak hidup. Tapi peripersonal space kita menjangkau hingga hujung sudu.

Sebab itu kita mampu sebut tahap lembut atau keras daging itu.

Apabila sang doktor menggunakan alat microbiotic dengan hanya memegang joystik semasa lakukan pembedahan, perpersonal space menjangkau pada alat microbiotic itu.

Berbalik pada Mr M. Aku jelaskan pada beliau.

Walaupun beliau sudah kurus, peripersonal space beliau masih seperti dulu. Belum menguncup.

Itulah sebabnya dia berasa seperti masih membesar sebagai johan. Masih menjadi jalur lebar.

Mr M angguk. Tanda faham. Senyum kembali terukir di wajahnya.

“Jadi, lama kelamaan saya akan punya peripersonal space baharu? Sesuai dengan saiz baharu?”

Soal beliau mahu kepastian.

“Ya, benar. Itu yang akan berlaku Insyaa Allah.” Jawabku sebagai mengakhiri bicara.

Mahu tahu peripersonal space anda? Cuba luruskan tangan dan berpusing sambil membuat bulatan.

Itulah peripersonal space anda.

Sudah cuba?

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top