Waktu itu hujan. Tengahari yang awalnya cerah tiba-tiba suram. Sesuram hati aku ini.
Langit pula berdentum. Seolah marah dan menjerit. Seolah memberontak persis seperti yang aku rasai.
Bunyi air mencecah bumbung zink bingitkan telinga. Menambah rasa sedih yang bersarang di hati.
Kilat juga tidak mahu ketinggalan. Membentuk benturan garis putih tidak lurus di langit. Setiap kali ia muncul setiap kali itulah bunyi bedebum akan aku dengar.
Kaget aku jadinya.
Pada saat itulah aku masukkan jari kecil ku ke telinga. Cepat cepat. Sesekali aku rapati ibu.
Wajahnya aku tatapi. Semakin banyak garis tebal. Tidak selicin kulit telur seperti dahulu.
Sesekali tangannya aku sentuh. Kasar. Seperti memegang ranting pohon.
Tangan inilah yang dulunya tidak pernah berhenti menyuap mulut ini. Tangan kasar inilah yang mandikan dan wangikan tubuh ini. Tangan kasar inilah yang menampar setiap nyamuk yang cuba hingga tubuh kerdil ini.
Kini, tangan dan wajah ibu sejuk. Walau ada kuntuman senyuman, tiada lagi darah yang mengalir.
Tiada lagi ombak di dada. Ibu tidak lagi bernafas. Hanya terbaring kaku.
Air mata ini makin deras mengalir. Seperti hujan. Tiada tanda mahu berhenti.
————
Di saat anda membaca coretan di atas, otak anda akan jadi seperti dalam gambar ini. Ia dinamakan neural coupling.
Apabila perkataan bunyi, bedebum, menjerit anda baca, bahagian auditory cortex anda akan aktif. Seolah anda juga sedang lalui rasa itu.
Ini baharu membaca. Sekiranya cerita ini dilantunkan atau ditunjukkan storyshowing motor cortex, visual cortex, wernicke area, broca area, Insula, limbic left temporal lobe akan aktif.
Otak anda dan otak si penunjuk cerita seolah sama. Berayun dalam gelombang sama. Seperti sebuah orkestra. Sama bergerak.
Inilah powernya StoryShowing. Ia ilmu supermahal. Ilmu kuasai otak orang lain. Ilmu beri pesona dan hadirkan teruja.
Berminat miliki kemahiran ini?