Kenapa Suka Makan?

Keadaan fisiologi manusia berubah dari masa ke semasa. Semasa bujang kurus dan slim. Lepas kahwin terus membesar sebagai johan dan menjadi jalur lebar.

Erfan berusia 28 tahun. Sudah 4 tahun berkahwin. Masih belum ada cahaya mata.

Semasa berkahwin berat badan sekitar 58kg sahaja. Sekarang baru mencecah 90kg. Perut semestinya maju ke depan.

Menurut Erfan dulunya dia kurang makan. Selera makan naik mendadak selepas berkahwin. Lebih-lebih lagi bila asyik bertandang ke kedai-kedai makan.

“Saya tak boleh nampak makanan sekarang. Saya jadi suka makan. Nikmat terasa.”

“Kalau orang sebut kat tempat A makan best, saya mesti sampai punya. Ingat viral sekejap cendol durian tu? Saya hari-hari pergi makan.” Itu luahan Erfan.

“Ada juga cuba untuk diet-diet ni. Sekejap je. Tak tahan daulat tengok makanan.”

“Isteri pun sama naik macam saya. Bila dua-dua suka makan, makin menjadi-jadi. Susah nak elak.” Tambah Erfan dengan senyuman terukir dibibir.

Erfan nampak tercungap-cungap ketika bercakap. Nafasnya pendek. Seolah orang baru selesai berlari.

Ramai orang suka makan. Ada yang makan dan sukar untuk berhenti. Itu sudah masuk kategori ketagih.

Kenapa jadi begini?

Ketagihan merampas fungsi otak. Sel otak merembes terlalu banyak dopamine. Bahan kimia yang memberi rasa seronok.

Dopamine ini kemudiannya masuk ke dalam nucleus accumbens. Letaknya di belakang sideburn manusia. Otak seperti mengambil dadah.

Akibatnya, lahirlah rasa seronok berganda dengan makanan. Lebih-lebih lagi dopamine ini berinteraksi dengan glutamate. Satu lagi bahan kimia otak yang melahirkan rasa seronok.

Pengambilan Ajinomoto menyebabkan kebanjiran glutamate. Bahaya untuk otak. Makanan di luar sarat dengan Pak Aji ini.

Nucleus accumbens juga berkait rapat dengan motivasi dan memori. Motivasi untuk makan terus tinggi. Tambahan memori tentang makanan yang ada adalah indah-indah belaka.

Natijahnya, muncullah tabiat ‘suka makan’ itu. Sukar berhenti. Payah menurunkan tahap terliur yang tinggi itu.

“Bolehkah kita ubah? Saya nak kurus,” soal Erfan.

“Boleh. Ramai dah berjaya. Ada yang turun lebih dari 15kg dalam masa dua bulan. Tanpa lapar.”

“Caranya? Belajar pasal otak. Belajar bagaimana nak ‘godam’ otak. Ada ‘trick’nya.”

“Kena belajarlah,” ujar saya pada Erfan.

 

Artikel berkaitan:

  1. Rahsia Turunkan Berat 5kg Dalam Masa 6 Hari
  2. 11+10 Tips Kurus Tanpa Ubat Kurus

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top