Kenapa Vitamin B12 Penting

Mesyuarat awal pagi. Pengerusi asyik tersasul. Konfius.

Pengerusi kata dah 5 series. Patutnya begitulah. Mudah lupa.

Usai meeting saya soal “Kerap penat tak kebelakangan ni?” Beliau mengaku. “Dah dua tiga bulan,” katanya

“Tangan kaki pun kerap kebas. Kadang kadang jalan rasa tak stabil,” tambahnya lagi.

Saya tanya “Bila buat ujian darah. Semak kandungan vitamin B12.”

Dia gelak. “Lama dulu. Tak pernah dah.”

Saya tumpang senyum. Dia tanya, “Kenapa dengan B12?”

Beliau beri bola tanggung. Saya layan terus.

“Vitamin B12 penting untuk OTAK. Kurang boleh sebabkan hilang memori, dementia dan konfius.”

“B12 bantu tubuh buat sel darah merah. Cara mudah tingkatkan B12 melalui steak. Suplemen pastinya lebih mudah.” Jelas saya.

“Ooo, jadi kena check darah lah ye,” soalnya sambil tersenyum.

“Mesti. Sekurang-kurangnya setiap 6 bulan. Kat panel klinik pun boleh biasanya. Macam-macam maklumat akan dapat.” Balas saya ringkas.

“Macam ni kena buatlah. Lepas rayalah kot,” katanya dengan tahap sengihan yang luarbiasa.

Saya angguk. “Ikut keselesaan tuan,” balas saya mengakhiri bual kami.

Makanan yang mengandungi vitamin B12

Sumber asal: https://www.facebook.com/drrizalabubakar/posts/523812074676789

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Resepi Jus Ubi Beetroot Patut Anda Cuba!

Ketahui 5 Tips Pemakanan Untuk Pesakit Autisme

11 Kebaikan Madu Kelulut Untuk Kesihatan

25 April – Hari Malaria Sedunia: Kenali 5 Simptom Dan Cara Pencegahannya

11 Manfaat Nanas Untuk Kesihatan Wanita Ramai Rupanya Tak Tahu!

9 Kebaikan Ubi Beetroot Untuk Ibu Hamil

Scroll to Top