Kencing Manis Pada Usia Muda? Apa Puncanya?

Bab diabetes ni memang sadis.

Ayah saya sendiri pengidap diabetes.

Semua belah keluarga ayah terkena diabetes belaka.

Ramai tahu diabetes dikaitkan dengan gula

Dikaitkan dengan tabiat makan minum dan gaya hidup pasif.

Tiada senaman. Tubuh tak keluarkan peluh.

Tapi ada satu lagi punca ramai orang ambil remeh.

Ramai tak sedar kurang tidur juga letakkan tubuh

Di zon pre-diabetes

Kajian di American Journal of Physiology: Endocrinology and Metabolism (2018).

Kaitkan tidur kurang dari 6 jam sehari dengan pre-diabetes.

Laporan dari jurnal Diabetes Care 2019.

Pun kaitkan kurang tidur dengan diabetes.

 

Macam ayah saya bila terkena diabetes, saraf dia rosak.

Mata jadi buta sebelah terkena penangan retinopathy.

Buah pinggang juga sama.

Tinggal satu saja berfungsi. Hujung usia diulit sakit dan derita.

Jadi selain jaga makan, jaga minum, jaga juga tidur.

Penting bab tidur ni.

Cuma satu lah yang makin merunsingkan.

Pada hari ini, kes melibatkan penghidap diabetes pada usia 30an ke bawah.

Semakin hari semakin meningkat. What went wrong?

Paling sedih, kanak kanak dan remaja umur belasan tahu dah ada diabetes.

Ikut laporan semasa.

45.4% kematian disebabkan penyakit jantung, strok dan diabetes.

Semuanya angkara ingin makan sedap.

Makanan segera, berwarna, ada perisa tambahan, ada bahan kimia susah disebut.

Malangnya yang sedap ni bertukar racun bila berada di perut.

 

Cuba check balik anak kerap makan apa.

Adakah makanan segera berproses ganti makanan seimbang?

Kalau minum pula. Kerap tak ambil minuman berkarbonat? Air gas warna warni.

Cukup tak minum air putih? Minum air manis leting viral?

Jika ada, hentikan segera. Cegah sebelum kena.

Berdamping lah dengan ‘real food’ bersifat anti-diabetes.

Sebab bila dah kena ni, hidup dijalani dengan derita.

BACA TIPS CEGAH RISIKO DIABETES KETIKA HAMIL

Anda Juga Mungkin Berminat

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

13 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga: Wajib Ada Masa Cuaca Panas!

Scroll to Top