Kentang Goreng? French Fries? Ada Apa Dengannya?

Ada apa dalam French Fries?

Salah satu snek segera yang paling popular di restoren makanan segera.

Dalam satu set kalau ada ayam, burger, air. Mesti ada fries.

Betul tak?

Saya selalu tengok kalau dekat airport. Mungkin tengah tunggu flight.

Saya lalu depan kedai maskot badut.

Kelihatan ada yang sedang mengudap kentang goreng. Banyak pulak tu.

Nak jimat kot. Makanan lain tak beli. Sambil nak guna WIFI.

Nak tahu tak dalam French fries ada 15 bahan.

Selain garam, ia ada gula. Ada pewarna.

French fries ni paling tinggi lemak tepu. Saturated fats.

Ada trans fat. Penyebab penyakit kronik.

Saya ulas lebih spesifik lagi. Tapi saya mudahkan biar senang faham.

Ada dimethylpolysiloxane.

Satu bahan kimia yang dimasukkan ke dalam minyak nak goreng fries tu.

Tujuan nak elak minyak terpercik ketika proses menggoreng.

Nak goreng pula bukan sikit.

Ada sodium acid pyrophosphate dan tert-butylhydroquinone.

Apakebenda ni?

Hasil kajian dapati apabila keduanya diambil pada dos dan kekerapan tinggi.

Boleh beri masalah pada penglihatan. Rosakkan mata.

Pakar pemakanan juga bagi amaran tentang risiko terbentuknya carcinogen acrylamide.

Bahan kimia yang terbentuk dalam sesetengah makanan apabila dimasak pada suhu tinggi.

Sama ada goreng. Panggang mahupun bakar.

Akibatnya? Risiko kanser.

Kekerapan makan gorengan tingkatkan penyakit kardiovaskular. Jantung berlemak.

Saluran darah tersumbat.

Lemak jahat ni ambil masa lebih lama untuk hadam. Akan duduk dalam perut.

Akibatnya? Perut mula rasa bergas dan sakit.

Makanan ini selalu dijamu pada budak kecil. Bahaya tu kesian mereka.

Kerap makan kentang goreng juga penyebab brain fog.

Bahasa senang, otak lembab

Ada lagi. Sistem imun boleh merosot.

Sebab bakteria jahat akan diternak melalui diet fastfood ni.

Bakteria baik dibunuh satu persatu.

Tahu tak kenapa kentang yang sudah tumbuh tunas akar tak boleh dimakan?

Walaupun ada yang macam,

“Alah takpe lah benda boleh buang”

Sebab kentang sebenarnya ada bahan bernama solanine dan chaconine.

Bahan beracun dalam kentang yang selalunya akan dinyahaktifkan apabila digoreng.

Sejauh manakah kita yakin kentang yang selalu dok makan itu selamat?

Ini kes yang pernah wujud.

Tahun 2019. Seorang remaja lelaki. Tak gemar makan makanan bernutrisi.

Lebih gemar makan fast food.

Sosej, berger, french fries, roti putih dengan snek kentang Pringles.

Makan sejak sekolah rendah. Lepastu komplain.

Cakap badan letih. Gi jumpa doktor. Check BMI semua tiada yang pelik.

Tiada pula simptom malnutrisi.

Cuma badan kurang vitamin B12. Dan ada anemia. Doktor pun rawat.

Setahun kemudian, sekelip mata remaja lelaki tadi hilang pendengaran.

Masalah penglihatan makin teruk akhirnya buta kekal.

Bila check, dalam badan hampir kesemua nutrien penting berada pada paras yang rendah.

Berlakunya nutritional optic neuropathy.

Pernah terfikir kenapa pakai spek mata tapi power makin naik?

Tangan kanan sambil pegang french fries kedai maskot badut.

Sambil suap burger pati daging proses. Ayam goreng buat balik makan di rumah.

Ada yang jogging. Dah elok. Lepastu gi beli fries. Konon nak reward diri katanya.

Maka terbentuknya bom kalori. Penyebab berat naik.

Ingat balik kerap mana check-in kedai atok? Kedai maskot badut?

Dinner selalu dekat mana? Selalu makan luar?

Baru baru ni tular juga video si fulan yang kehilangan buah pinggang.

Yang ni pun sekelip.

Bila check rupanya buah pinggang mengecut.

Bahana kerap makan fast food.

Nak ke nanti diri jadi macam ni juga?

Di hospital pula,

Hampir majoriti pesakit diabetes dan buah pinggang terdiri daripada golongan muda.

Umur 23, 24 tahun dah ada kencing manis.

Sayangnya bukan?

Kecik kecil lagi dah jadi jalur lebar. Pemakanan tak dititikberatkan.

Zaman sekarang, boleh order online.

Pakai Foodpanda. Pakai Grab

Renungkan.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top