Kesan Makan Mee Segera Pada Otak

Pagi ni review pembentangan kajian pelajar. Teruja sikit. Kajian lihat brainwave manusia.

Menariknya kajian tentang makan mee segera dan kesan ke atas gelombang otak.

Sebelum makan gelombang otak diukur dengan mesin neurofeedback.

Selepas makan diukur lagi.

Mungkin ada yang bertanya gelombang apa yang mahu dilihat.

Jawabnya gelombang alpha.

Bila tenang, nak belajar, nak kusyuk perlu gelombang ni.

Peserta diuji 5 kali. Maksudnya 4 kali mereka hadap mee segera ni. Sebelum makan peserta ujian diuji ada atau tidak gelombang alpha.

Kesemua tunjukkan ada gelombang alpha sebelum makan. Mereka tenang. Mudah untuk belajar.

Selepas makan kali pertama, menurun gelombang. Hampir mencecah gelombang beta.

Selepas makan 4 hari berturut turut, gelombang terus turun ke beta. Serabut sikit fikiran.

Mesej kajian senang sahaja. Tak yahlah makan mee segera. Tak bantu otak pun. Gitu

p/s: Usus perlu bekerja keras selama 7 hari untuk ‘memproses’ mee segera. Sambung baca disini: https://neuroversiti.com/penangan-mee-segera/

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)

9 Kebaikan Minum Teh Oolong Untuk Kesihatan

Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!

Ini 10 Kebaikan Anda Dapat Jika Minum Almond Milk

19 Kebaikan Oren Navel Ramai Tak Tahu

8 Kebaikan Kiwi Merah (Red Kiwi) Selain Manis Leting!

Scroll to Top