Kesan Syukur Menurut Kajian

Syukur bukan sekadar ungkapan. Bukan titik titik atau garisan membentuk perkataan. Pada akronimnya termuat makna.

Syukur itu adalah Alhamdulillah. Kata pujian mengagungkan Pencipta.

Untuk buktikan sifat kehambaan makhluk. 

Syukur adalah undangan kepada rezeki yang datang tanpa henti.

Kesan Shukur Berdasarkan Journal of Psychological Science

Hebat syukur ini.

Ada Syukur hilang dengki. Ada Syukur lahir kasih di hati. Ada Syukur damai yang hilang akan kembali.

Pada tahun 2009, Journal of Psychological Science melaporkan apabila orang ada Syukur:

  • Tidurnya lebih nyenyak
  • Tidur lebih lama
  • Lebih gembira
  • Kurang sakit fizikal

Hebat Syukur ini. 

Apa pula kata Journal lain tentang Syukur?

Kesan Shukur Berdasarkan Journal Behaviour Research and Therapy

Journal Behaviour Research and Therapy pula laporkan kajian saintifik mengenai Syukur pada tahun 2006.

Hasil kajian ialah yang kuat bershukur, hilang impak negatif atau kesan trauma ke atas mereka.

Syukur hebat pada sisi pandang agama dan dunia. Kajian psikologi buktikannya. Ia bekalan dan rahsia untuk manusia kecapi bahagia.

Syukur bukan maksud berhenti mencari. Bukan memberi makna tiada perlu usaha. Ia tidak bersifat pegun tidak bergerak.

Syukur adalah aktif. Shukur adalah rajin. Shukur adalah buat dan beri.

Alhamdulillah adalah tutur Syukur. Ucaplah. Di mana-mana atau bersama siapa. Ucaplah Alhamdulillah.

Kesan Syukur Berdasarkan Neuroscientist Dr Joe Dispenza

“Allahu Akbar !”

Aku jerit dalam hati. Meremang bulu tengkok ketika itu. Mata mula berkaca.

Waktu itu dalam kelas Dr Dispenza. Beliau mengkaji tentang kehebatan otak. Sudah empat buku beliau terbitkan.

Dalam kelas Dr Dispenza fasih bertitah.

Beliau bersurah tentang kajian demi kajian. Semuanya berlawanan dengan faham dahulu.

Kalau dalam fiqh Imam Syafie dinamakan Qail Jadid.

Apa yang disebut Dr Dispenza buat ramai terpegun.

Mungkin ramai tahu kebaikan bersyukur. Itu dalam konteks faham teologi atau hal agama.

Tetapi tidak ramai tahu apa berlaku dalam otak dan tubuh manusia apabila kita lafazkan syukur dengan rasa percaya yang dalam.

Dr Dispenza sebut apabila kita bersyukur dengan sepenuh hati berlaku 1200 interaksi kimia dalam tubuh.

Semuanya mengarah kepada self healing atau tubuh baiki kesihatan sendiri.

Beliau jelaskan lagi, apabila kita bersyukur saat sakit, kesembuhan cepat berlaku.

Apabila kita bersyukur saat kita sihat, antibodi, sistem imun akan meningkat.

Hebatnya bersyukur saat diuji.

Dr Dispenza tambah,

Kalau kita bersyukur saat kita sihat 1200 interaksi kimia dalam otak dan tubuh akan sebabkan organ dalaman lebih muda dan sihat.

Ini rahsia awet muda, kata beliau lagi.

Aku terpegun. Terpesona. Terpana.

Cuma aku terfikir saat itu. Sudahkan aku betul-betul menjadi hamba yang bersyukur.

Sudahkah?

Aku masih mencari jawapan ini.

Apa Sebenarnya Berlaku Pada Otak Ketika Bersyukur

Pertamanya ucapkan Alhamdulillah.

Bersyukur bukan sekadar lisan. Bersyukur juga bukan sekadar tempelan. Bersyukur ada pelbagai kesan.

Bersyukur menyihatkan badan. Bersyukur mengundang bahagia kepada pengamalnya. Bersyukur nyenyakkan tidur.

Caranya? Tanya seorang rakan kaunselor.

Dengan menulis hanya 3 perkara yang kita syukurkan setiap hari selama 21 hari berturut-turut sudah mampu meninggikan tahap syukur kita.

Menariknya ianya kekal selama 6 bulan. Itu mengikut kajian.

Kenapa berkesan tanya rakan kaunselor yang lain?
Sifirnya mudah. Bersyukur menyebabkan otak merembeskan dopamine, bahan kimia otak yang membuatkan kita rasa bahagia.

Bersyukur mengaktifkan dua bahagian otak yang terlibat memproses emosi, hubungan interpersonal, kepuasan dalam interaksi social, pertimbangan moral, dan kemampuan memahami keadaan mental seseorang.

Bahagiannya ialah anterior cingulate cortex (ACC) dan medial prefrontal cortex (mPFC).

Sebelum tidur malam ini ayuh fikirkan sejenak. Apa yang boleh kita syukurkan pada hari atau malam ini.

Katakan Alhamdulillah.

Jom beralih ke 'real story', tentang bagaimana syukur membantu menghadirkan senyuman.

Bagaimana Syukur Hilangkan Depresi Si N

"Saya depressed ni! Tolong saya! "

Kata N pada saya. Pelajar jurusan X di universiti tempat saya bertugas.

N adalah pelajar tahun 1. Masih bertatih dalam dunia universiti. Beliau anak kedua dari 5 orang adik beradik. Asal dari selatan tanah air.

Menurut N, depressi beliau bermula seawal umur 17 tahun. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Dunia jadi kelam dan mendung sentiasa. Air mata jadi teman setia.

N mahukan penyelesaian. Mahu keluar dari bergantung dengan ubat. 

Baginya ubat tidak membantu. Jadikan dia lesu. Fikiran juga tidak menentu.

Saya dengar N bercerita. Sesekali dia mengesat air mata. Temannya S cepat-cepat hulurkan tisu. Tangannya pantas menggosok belakang S.

Kisah ini berlaku hujung tahun lepas. 

Baharu baharu ini N hantar laporan. Sudah bebas dari ubatan. Sudah dapat lihat betapa indahnya langit biru.

Dapat merasa betapa lapangnya fikiran dan dada. Yang terpenting senyum menguntum setiap masa.

Tiada lagi sayu. Tiada sendu. Tiada lagi sendiri termanggu tanpa teman.

Sewaktu berjumpa dulu saya minta N lakukan sedikit tugasan. Ini hasil kajian di jurnal American Paychologist. Kajian ini popularkan gerakan positive paychology.

Dalam kajian ini libatkan 577 orang yang depressed. Umur sekitar 35 tahun hingga 54 tahun.

Mereka diminta untuk tulis 3 perkara positif yang berlaku pada mereka setiap malam.

Mereka juga diminta tuliskan secara ringkas sebabnya.

Dalam masa seminggu mood mereka terus berubah. Mood jadi stabil. Mereka lebih ceria.

Mood mereka kekal berubah hingga ke bulan 3. Setelah eksperimen dihentikan, mood mereka terus kekal ceria. Tiada lagi duka dan nestapa.

Saya beritahu N. Lakukan tugasan ini. Dia buat bersungguh. S beri sokongan dan pantauan.

Ini adalah contoh kerdil the power of words. Contoh kecil the power of focus.

Apabila perkataan positif, fokusnya kepada perkara positif, yang negatif tiada ruang untuk bersarang. Ia mengecil dan hilang.

Sekali sekala ia mahu datang bertandang. Biarkan. Hantar sahaja ia pulang.

Aktiviti ini bukan sahaja untuk orang depressed. Tapi untuk semua orang. Lagi dibuat, lagi banyak sel otak berkaitan hal positif berhubung.

Mudah sahaja. Buat dapat nikmat. Buat sampai jadi hebat.

Sudah Bersyukur Harini?

Apa 3 perkara yang anda syukuri? Boleh terangkan dengan ringkas kenapa?

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top