Ketuat – siapa yang tak kenal dengan istilah ni?
Mungkin sesetengah kalangan kita
masih tak tahu apakah penyakit ini?!
Ia sering muncul sebagai benjolan kecil pada kulit
dan biasanya tidak menyakitkan.
KETUAT adalah penyakit benjolan kecil pada kulit yang bertekstur keras dan kasar, ia tumbuh di kawasan jari, tangan atau kaki
Ramai yang tak tahu,
Rupa-rupanya!
pertumbuhan ketuat adalah disebabkan oleh
jangkitan virus HPV (Human Papillomavirus).
Apakah sebenarnya virus HPV ni?
Virus HPV adalah sekumpulan virus yang dikaitkan dengan jangkitan seksual
Sesiapa yang dijangkiti dengan virus ini,
biasanya sembuh dengan sendirinya.
Tetapi!
Sesetengah jenis virus HPV berupaya
menjejaskan kesihatan anda dengan serius!
seperti; ketuat alat kelamin atau kanser.
HPV boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit ke kulit secara langsung atau
melalui perkongsian barangan peribadi
Persoalannya?
Adakah penyakit ini normal atau sebaliknya?
Jawapannya adalah YA dan boleh dikatakan TIDAK,
bergantung kepada beberapa faktor
antaranya ialah; sistem imun yang lemah.
Ketuat sebenarnya adalah perkara biasa.
Hampir semua orang, terutamanya kanak-kanak dan remaja
akan mengalami ketuat sekurang-kurangnya
sekali dalam seumur hidup.
Tetapi!
Kehadirannya boleh menimbulkan
rasa tidak senang kepada sesetengah orang lain.
Ketuat biasanya bersaiz 1 milimeter (mm) hingga 1 sentimeter (cm) atau lebih besar
Ketuat terbahagi kepada 4 jenis:
i. Ketuat Biasa (Verruca Vulgaris)
Ketuat biasa selalunya berbentuk
seperti bunga kubis yang kecil dan kasar.
Biasanya ketuat ini timbul pada;
tangan, kaki, jari, kuku atau lengan.
Ia juga boleh muncul pada kulit
yang ada luka kecil.
Tahukah anda?
Ketuat ini biasanya mempunyai
bintik-bintik hitam kecil yang menyerupai biji halus
disebabkan oleh saluran darah kecil
yang mengandungi darah beku.
Walaupun ketuat penyakit yang biasa
dan hanya timbul benjolan kecil sahaja,
kita yang baca dan tengok pun
boleh rasa geli kan?
ii. Ketuat Plantaris
Apa pula jenis ketuat ni??
Ketuat plantaris atau plantar adalah
ketuat yang sering muncul di TAPAK KAKI.
Ketuat ini biasanya tumbuh pada kawasan yang
menampung berat badan kita seperti; tumit kaki
dan boleh merebak ke kulit akibat
tekanan daripada aktiviti berjalan
ataupun berdiri terlalu lama.
Untuk elak risiko jangkitan,
kita disarankan untuk gunakan alas kaki
di tempat awam seperti; kolam renang
atau bilik mandi awam.
iii. Ketuat Filiform
Sejenis ketuat yang berbentuk panjang dan nipis, ia menyerupai benang atau jari kecil
Ketuat jenis ini biasanya tumbuh di kawasan
mempunyai kulit yang nipis;
Muka, leher, kelopak mata, sekitar mulut atau bibir
Tahukah anda?
Walaupun ia tidak rasa sakit,
mereka yang menghidap ketuat ini
boleh menyebabkan mereka kurang yakin
dengan penampilan sendiri kerana
ia sering tumbuh di kawasan muka.
iv. Ketuat Kelamin
Ketuat kelamin (juga dikenali sebagai condyloma acuminata) adalah ketuat yang muncul di kawasan kemaluan atau sekitar anus
Ketuat ini disebabkan oleh jangkitan HPV,
yang berpotensi terbentuk di bahagian luar alat kelamin.
Ia disebarkan melalui aktiviti hubungan seksual
dengan seseorang yang sudah memilikinya.
Tahukah anda?
Ketuat ini berpotensi menyebabkan KANSER
melalui hubungan seksual seperti;
seks anal dan oral.
Walaupun ia tidak kelihatan
Tetapi!
ia sangat menggerunkan, bukan?
Perlukah penyakit ketuat dirawat?
Walaupun ketuat biasanya hilang dengan sendirinya
dalam tempoh beberapa bulan hingga tahun,
ada yang memilih untuk merawatnya.
- Rawatan di Rumah
Menggunakan krim atau cecair khas yang
mengandungi asid salisilik boleh membantu
menghilangkan ketuat secara perlahan-lahan.
- Rawatan Doktor
Jika ketuat sukar dirawat, doktor mungkin akan
mencadangkan prosedur seperti
pembekuan (cryotherapy) atau pembedahan kecil.
Jadi!
Ketuat boleh dianggap normal,
tetapi ia juga boleh menjadi tanda sistem imun
yang memerlukan perhatian lebih.
Jika anda mengalami ketuat yang terlalu banyak,
rasa sakit atau tidak hilang walaupun sudah dirawat,
sebaiknya berjumpa dengan doktor.
Masa tidak menunggu anda!