Khasiat Belimbing Yang Tidak Digembar-Gemburkan

 

Masa kecil dahulu, pohon segar hidup di belakang rumah. Berbuah sepanjang tahun. Apabila banyak tidak ambil kisah jadinya.

Waktu itu umur sekitar enam tahun. Saya tanya ayah. “Ni buah apa bapak?” Ayah tengok. Dia sebut, “Star fruit. Buah orang putih. Nama Melayu tak dak.”

Saya angguk. Tanda faham. Ayah pula tersengih semacam.

Ditakdirkan esoknya di sekolah cikgu tanya tentang nama buah ini. Subjek Bahasa Melayu.

Saya dengan bangga angkat tangan. Mahu jawab. Maklumlah semalam sang ayah sudah turunkan ilmu.

“Ya Rizal jawab.” Kata cikgu. Masih ingat namanya Cikgu Fauziah Azizi.

“Buah ini tidak ada dalam Bahasa Melayu. Namanya Star Fruit Cikgu.” Waktu itu gigi memang rongak kat depan. Apabila sebut fruit sahaja bersembur air liur.

Budak budak lain bantai gelak berjemaah. Dengan Cikgu Fauziah sekali terkekeh kekeh. Mungkin tahap konfiden aku melucukan.

Saya malu. Merah muka. “Pasai apa gelak pulak,” soal saya pada kawan sebelah meja. Saya tak puas hati, jantung dan ginjal.

Dia terus gelak sambil kata, “Haha star fruit”. Makin mengilai sambil pegang.

Saya bingung dan marah dalam diam.

Cikgu Fauziah akhirnya berhenti gelak. “Bertuah sungguh si star fruit ni,” katanya sambung gelak lagi.

“Ini namanya buah belimbing. Dalam Bahasa Inggeris star fruit.” Terang cikgu Fauziah

Balik rumah terus pergi cari ayah. Dia duduk dengan emak. Dua orang abang pun ada sama.

“Pasai apa bapa tipu kata buah belimbing tak dak dalam bahasa Melayu. Habis satu kelas gelak bila chek sebut belimbing tu star fruit.”

Pada saat itu, bapa, emak dan abang abang juga buat acara gelak berjemaah.

Saya hentak hentak kaki pada tanah. Tanda tidak puas hati.

Itu dulu. Sekarang baharu tahu betapa hebatnya buah belimbing ini. Sarat dengan nutrisi dan fiber.

Bayangkan dalam belimbing ada 3 anti oksida power. Ada quercertin, epicatechin dan gallic acid. Mereka ini adalah pahlawan yang melawan radikal bebas dan inflamasi.

Menurut kajian belimbing bertindak sebagai anti microbial. Bertindak lawan microbial bacillus cereus, e.coli, salmonella typhus. Juga bagus untuk eczema.

Ada lagi kehebatan belimbing ini. Ia ada vitamin A, B and C. Vitamin C yang ada dalam belimbing berikan 57% keperluan harian vitamin C manusia.

Jumlah besar ini penting untuk bantu penghasilan kolagen. Penting untuk cekang dan licinkan kulit. Pada yang mahu kulit glowing lit lit boleh berdempek dengan makhluk ini.

Menarik lagi belimbing ada thiamine, riboflavin, dan niacin. Kesemuanya penting untuk otak.

Pada ibu menyusu dan mahu susu banyak, bersenggol sengolanlah dengan belimbing. Ada kajian dapati ibu yang ambil belimbing hasilkan susu lebih banyak berbanding yang tidak ambil.

Bagi yang ada masalah rambut, vitamin B kompleks yang ada belimbing mungkin berikan jawapan bagaimana mahu lebatkan semula rambut.

Kajian dari International Journal of Food Science and Nutrition tahun 2014 dapati fiber dalam belimbing dapat turunkan kolesterol. Laporan dari jurnal saintifik Advance Pharmacological Science pada tahun yang sama juga pula dapati ianya dapat lawan sel kanser hati.

Luar biasa betul belimbing. Saya sendiri pastikan seminggu sekali mesti ambil. Cuma satu sahaja pantang belimbing. Tidak sesuai untuk yang ada masalah buah pinggang.

Balik kejap tadi lihat CikPuan isteri sudah siap potong. Cantik sahaja berbintang bintang. Tunggu azan nanti kita makan.


Jom kita bing bing belimbing.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top