6 Khasiat Utama Chia Seeds Ramai Tak Tahu

Sumber Tenaga

Power tak power chia seeds ni.

Tentera Aztec pada zaman tamadun Maya purba mampu bertahan hidup.

Dengan berbekalkan 1 balang air dan 1 sudu gel chia seeds.

Tahu tak perkataan ‘chia’ juga bermaksud ‘kekuatan’ dalam bahasa kaum Maya?

Chia seeds juga berasal daripada kawasan tersebut.

Chia seeds dalam bahasa mereka dipanggil ‘chiabaan.’

Chia seeds turut dikenali sebagai ‘runners food’.

Kerana pahlawan dan tentera akan memakannya sebagai sumber tenaga untuk bertarung.

Flax seeds juga punyai khasiat seperti chia seeds.

Badan mampu aktif dan bakar kalori sepanjang hari.

Kurangkan Berat Badan

Ramai pakat duk serbu DM. Tanya cara nak makan chia seeds dengan betul.

Terutama cara makan untuk kurangkan berat badan.

Senang jer. Jadikannya gel.

Macam mana nak buat gel chia seeds?

  • Campurkan sekali chia seeds dengan air dalam balang kecil boleh ditutup.

  • Goncang selama 15 saat dan biarkan selama seminit.

  • Sambung goncang selama 15 saat. Biarkan sehingga bergelatin selama 10 minit.

Menariknya lagi, 2 sudu makan chia seeds mengandungi:

  • 64% lebih potassium berbanding pisang.

  • 2 kali ganda lebih antioksidan berbanding blueberi.

  • 5 kali ganda lebih kalsium berbanding susu.

  • 3 kali ganda lebih zat besi berbanding bayam.

  • penuhi 32% keperluan magnesium harian.

  • penuhi 41% keperluan fiber harian.

Chia seeds juga dikenali sebagai ‘slimmer seeds.’

Ada tryptophan.

Iaitu amino acid yang bantu kawal selera makan.

Bantu kawal ketahanan insulin. Elak perut boroi.

Insulin berlebihan boleh jadi toksid kepada otak.

Terutama pada bahagian hippocampus – pusat memori.

BACA: 10 MAKANAN TURUNKAN BERAT BADAN

Mengenyangkan Perut

Yang paling simple iaitu air rendaman chia seed.

Mudah saja nak buat.

  • Ambil satu sudu chia seeds.

  • Masukkan ke dalam satu mug berisi air.

  • Lebih kurang 160ml gitu. Biarkan 30 min. Lagi lama lagi bagus.

  • Lepas makan, minuma air rendaman chia seeds ni.

Chia seeds ni akan buatkan kita rasa lebih kenyang.

Kenapa?

Bila dah rendam, chia seeds akan perangkap air ke dalamnya.

Dari biji kecil dia akan membesar sikit.

Bila kita ambil air rendaman berisi chia seeds, air akan dilepaskan perlahan lahan.

Sikit sikit. Jadi kita sentiasa rasa kenyang dan tak dahaga.

Tinggi Antioksidan

Sebut jer pasal antioksidan.

Ramai ingat blueberi adalah makanan yang paling tinggi antioksidan.

Tapi sebenarnya bukan.

Dalam kalangan buah. Mungkin.

Kalau bandingkan dengan chia seeds.

Ada 20% lebih banyak antioksidan berbanding blueberi.

Ada quercetin. Myricetin.

Tahu ke tak?

Blueberi ni harganya agak mahal.

Tak mampu nak makan selalu. Boleh ler ganti dengan chia seeds.

Harganya lebih murah.

Tingkatkan Sistem Imun

Inflamasi adalah respons biasa bila stress atau berlaku luka.

Tapi kronik inflamasi mengundang padah pada tubuh.

Kronik inflamasi lemahkan sistem imun.

Bila imun menurun, diri akan terdedah pada ancaman virus.

Untuk tingkatkan system imun mudah sahaja.

Makan chia seeds. Kalau alternatif lain boleh cuba MCT Oil.

Kaya dengan fiber dan Omega 3.

Kaya juga dengan protein dan antioksidan.

Kalau MCT oil dikaitkan dengan lemak Medium Chain, lain pula dengan chia seeds.

Ia ialah lemak Short Chain atau rangkaian pendek lemak.

Bantu turunkan inflamasi.

Secara langsung baiki sistem imun.

Menguatkan Tulang

Di sebalik fizikalnya yang kecil halus.

Kaya dengan protein. Fosforus. Magnesium dan kalsium.

Baik untuk gigi dan tulang.

Gigi bersifat mikro.

Ada saraf dan enamel iaitu salutan putih gigi.

Jika kurang elemen di atas.

Tinggi risiko untuk gigi cepat rosak.

Retak menyebabkan saraf turut punah.

Tulang mudah rapuh dan risiko senang tercedera.

Chia Seeds Dan Greek Yogurt

Dua superfood bertemu.

Makan dengan Greek Yogurt. Campur lagi dengan buah superfood.

Bluberries. Avokado.

BACA: 21 SUPERFOODS UNTUK KEKAL SIHAT

Soalnya kenapa GY?

Cara GY dibuat hampir sama dengan yogurt lain.

Cuma ada langkah ekstra iaitu air dan lactose (sejenis gula) dikeluarkan.

Jadikan GY lebik berkrim dan pekat.

GY sangat bagus untuk tulang, rambut, darah, otot, kulit dan kartilaj manusia.

Kebaikan ini diperolehi dari protein yang terdapat dalam GY.

GY juga sarat dengan kalsium.

GY bekalkan 18.7g kalsium yang diperlukan oleh tubuh.

GY juga termasuk dalam kategori probiotik.

Unsur penting untuk usus.

Probiotik banyakkan bakteria baik dalam usus.

Apabila bakteria baik kurang, usus meragam.

Otak juga jadi lembab.

GY juga ada iodin.

Penting untuk kesihatan thyroid dan tingkatkan metabolisme.

Makanan wajib ambil kalau nak kuruskan badan.

Mungkin ada yang bertanya macam mana nak makan?

Boleh ambil begitu sahaja.

Kalau tiada selera masukkan buah-buahan segar, kekacang, buah-buahan kering.

Satu sudu chia seeds dan satu sudu madu.

Mudah bukan?

GY dikenali sebagai superfood sebab bekalkan jumlah nutrisi yang banyak.

Ia baik untuk tubuh. Sangat baik untuk otak.

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

Scroll to Top