in

10 Makanan Turunkan Berat Badan

Ramai yang mengamalkan diet berlapar semata-mata untuk menurunkan berat dengan cepat.

Terikut ikut dengan sesetengah selebriti luar negara yang amalkan ‘diet ekstrem'.

Makan sekali sehari. Bawah 1000 kalori.

Pengambilan kalori yang normal untuk wanita dewasa adalah 2000 kalori manakala lelaki 2500 kalori.

Kesannya mungkin tidak lagi ketara. Tapi apabila usia semakin meningkat tua, ia akan perlahan-lahan tonjolkan diri.

Masa muda takpe lagi. Sistem imun masih kuat. Masih berada pada puncak kesihatan terunggul.

Ada lagi langkah ekstrem. Telan pil pelangsing atau memakan ubat kurus.

Belum lagi yang ada duit lebih. Buat sedutan lemak (liposuction).

Sangat tidak baik untuk kesihatan organ dalaman. Merana tubuh.

Ada lagi. Trend kini. Buat surgery untuk potong usus. Buang tulang rangka untuk dapatkan pinggang ‘kerengga'.

Kenapa perlu membulurkan diri? Perlu menyeksa diri dengan bahan kimia terlarang? Perlu sakitkan tubuh sendiri?

Ada cara lain yang diyakini lebih selamat serta boleh bantu singkirkan lemak-lemak berlebihan.

Jangan terlalu taasub dengan kecantikan luaran sehingga membahayakan nyawa sendiri.

Ingatlah..

Tabiat pemakanan yang tidak sihat serta gaya hidup tidak antara penyebab pengumpulan lemak jahat.

Bila tak jaga makan. Makan lebih daripada apa yang badan perlukan.

Makanan yang dicerna akan ditukarkan kepada tenaga dan lemak.

Bila badan tak cukup tangan nak tukar sebab dah lebih kuota, lemak lebih tadi akan disimpan.

Ambil masa bertahun-tahun untuk lemak ni berkumpul dalam badan.

Bila disimpan, tuan punya badan pula tak aktif. Tak bersenam. Tiade calorie in, calorie out.

Semakin lama lemak makin menggunung jawabnya.

Takkan nak expect untuk singkirkan semuanya dalam masa beberapa hari.

Betul tak?

Nak turunkan berat badan secara alami. Secara sihat ni ambil masa. Kena sabar. Jangan risikokan kesihatan diri.

Sebab itu pentingnya untuk kita amalkan gaya hidup sihat. Masa muda ni makanlah secara sihat.

Banyakkan bersenam. Jadikan senaman sebagai rutin harian.

.

.

.

10 Sumber Sihat Untuk Menurunkan Berat Badan:

Kacang

Apple Cider

Mangga

Ikan

Sayuran Hijau

Avokado

Kayu manis

Kuinoa

Chia Seed

Buah Sitrus

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9 Makanan Tingkatkan Hormon Dopamin

6 Kesan Kurang Dopamin