11 Khasiat Daun Ubi Keledek (Tinggi Nutrisi Berbanding Bayam!)

Ubi keledek adalah superfood.

Ada anthocyanin bantu turunkan paras asid urik sebanyak 30%.

Asid urik berlebihan penyebab gout.

Cegah kerosakan DNA.

Kaya vitamin B6. Bantu turunkan paras homocysteine. Antara penyebab serangan jantung.

Bantu turunkan berat sebab kaya fiber.

Perut kenyang lebih lama.

Ada vitamin C, beta carotene, magensium, zat besi dan potassium.

Bukan setakat ubi.

Pucuk daun ubi keledek juga tak kurang hebatnya.

Kebiasaan saya buat kerabu kerang dengan pucuk daun keledek.

Memang merecik! Salad orang Melayu.

BACA: 15 KHASIAT PUCUK ULAM RAJA

Atau makan bersama sup mi soba daging rusuk.

Tekstur daun keledek sama dengan bayam.

Pucuk keledek ada kandungan antioksida polifenol cukup tinggi.

Nutrisi daun keledek pun menyamai bayam.

Tapi daun keledek tinggi sikit level nutrisi. Masuk kategori ulam lambatkan proses penuaan.

BACA: 7 ULAM UNTUK KULIT LAWA AWET MUDA

Polifenol seperti caffeoylquinic acid dan peptide bersifat anti kanser.

Padu tak padu.

Daun keledek juga bertindak sebagai energy booster.

Turunkan paras gula dalam darah.

Bersifat anti diabetes.

Selain anti bakteria untuk hapuskan bakteria penyebab keracunan makanan.

Nak buat kerabu pucuk keledek ni teramat simple.

Kerabu ini ada 4 bahan utama:

    • Pucuk paku

    • Kerang

    • Tauge

    • Pucuk ubi keledek

Untuk bahan kisar pula:

    • Cili besar

    • Bawang besar

    • Serai

    • Bawang merah

    • Halia

Jangan lupa kerisik, santan, sedikit garam.

Caranya pun mudah. 3 daun utama itu dicelur sahaja. Kerang direbus.

Bahan-bahan lain pula dikisar. Selepas siap, gaulkan dengan 4 bahan utama tadi.

Kemudian, masukkan kerisik, santan dan garam. Gaul lagi lepas itu rasa. Diakhiri dengan perahan dua biji limau kasturi.

Boleh masukkan dalam resepi Ramadan nanti.

 

 

P/S :

Saya suka berkongsi ilmu tentang OTAK & kesihatan di Telegram saya.

Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top