19 Khasiat Madu Pergunungan Uzbekistan OCOC

Sebut je pasal madu.

Pasti ramai yang terbayang madu dekat pasaran.

Madu yang harganya murah tu bukan madu original.

Sikit sangat kandungan madu dalam tu.

Yang arif bab madu boleh beza madu tu ada gula atau tak.

Yang selalu guna buat cornflakes madu tu. Tak jadi tu.

Madu paling power adalah dalam bentuk raw honey. Atau organik.

Tahu betapa powernya madu. Khasiat yang ia bagi pada manusia.

Anugerah terbaik alam semula jadi.

Dalam Al Quran ada sebut tentang lebah dan madu.

Kalau tengok balik sejarah tamadun purba seperti Mesir dan Yunani.

Madu banyak guna dalam perubatan. Dalam mengawet mayat. Makanan untuk panjangkan usia.

Madu asli dan tidak ditapis boleh bertukar jadi pepejal.

Sebab mana ada pengawet.

Ajaibnya, madu digunakan untuk awet mayat supaya tak busuk.

Sebab madu dah ada pengawet semula jadi.

Jadi jangan risau sebab ia selamat untuk diambil.

Madu organik seperti Madu Gunung Uzbekistan OCOC adalah produk functional food.

OCOC sudah semakin dikenali di pentas antarabanga.

Di Kanada dan Amerika.

Apabila bercakap pasal produk functional food yang beri impak pada otak.

1. Antioksidan

Madu cukup terkenal sebab sifat antioksidannya yang tinggi.

Paling power madu yang tak diusik oleh bahan awet, penapisan atau pemprosesan.

Macam Madu Uzbekistan OCOC

Makin gelap warna makin tinggi antioksidan.

Bukan sembang kari yer. Bukan main kokdang cakap itu ini.

Ada kajian. Ada bukti report. Yang termaktub.

Kajian dalam Journal of Analytical Methods in Chemistry pada tahun 2013,

Antioksidan dalam madu dikaitkan dengan vitamin B1, B2, B3, B9 dan B12.

Phenols dan juga flavonoids.

Antioksidan dalam madu juga kurangkan oxidative stress.

Ni lah benda paling bahaya.

Radikal bebas. Penyebab kerosakan sel.

Pengumpulan radikal bebas dalam badan boleh akibatkan penyakit kronik.

Diabetes, kanser, penyakit hati dan jantung.

Madu juga tingkatkan sistem imun.

Bila campur dengan bahan power lain seperti halia dan pegaga.

2. Brain Booster

Madu dengan otak memang berpisah tiada.

Kajian Neurological Effects of Honey: Current and Future Prospect (2014) ada bagitahu,

Madu punyai nootropic effect – jadikan memori lebih power.

Kajian juga dibuat atas wanita postmenopausal.

Mereka makan 20mg madu setiap hari selama 16 minggu.

Hasilnya paras oxidative stress dalam darah berkurang.

Dan fungsi memori meningkat.

Kajian dalam National Library of Medicine (2019) juga mendapati,

Madu perlahankan penuaan kognitif.

Dalam madu ada polyphenols. Redakan keradangan pada hippocampus.

Ramai yang tak tahu.

Madu ada antioksidan pinocembrin. Sepuput sepapat flavonoid.

Cukup terkenal untuk lindungi saraf otak daripada rosak.

Madu Uzbekistan OCOC penuhi semua kriteria diatas.

Hasil lab test oleh Insitut Genome Malaysia. 

3. Anti-Viral

Madu juga punyai ciri antiviral.

Jangkitan akibat luka adalah disebabkan virus.

Kajian dalam jurnal Heliyon 6 pada tahun 2020 mendapati,

Madu ada flavonoid. Asid askorbik (vitamin C).

Nitrik oksida dan beberapa elemen lain bantu sekat virus daripada beranak pinak.

Tisu yang rosak akibat luka tadi dibaiki lebih cepat.

Sebab tu madu orang guna untuk rawat luka.

Dose-Response: An International Journal pada tahun 2021 juga merepotkan,

Banyak kajian dibuat ke atas madu.

Kerana keberkesanan lawan penyakit berjangkit akibat virus.

Seperti rabies, herpes, rubella, hepatitis dan influenza.

Kebaikan ini boleh dapat.

Itu pun kalau amal madu ori lah macam Madu Uzbekistan OCOC

Kalau yang palsu.

Bahana penyakit yang dapat.

4. Anti-Depressant

Ikut kajian terbaru dalam jurnal Molecules tahun 2022,

Madu punyai antioksidan dalam bentuk flavonoids dan poplyphenols.

Kaedah alternatif rawatan penyakit neurologi.

Termasuk Alzheimer’s, Parkinson’s, Huntington’s dan sclerosis (sel tisu mengeras).

Kalau nak list setiap satu yang ada dalam madu memang tak berkesudahan.

Cinnamic acid, quercetin, myricetin, chrysin, galangin, apigenin, luteolin, naringenin, ferulic acid, courmaric acid.

Pernah dengar?

Nakkan kepastian rajinkan diri baca jurnal saintifik.

Nakkan khasiat diatas, amal makan Madu Uzbekistan OCOC

Banyak boleh buat dengan madu.

Tips legakan demam?

Masukkan satu sudu Madu Uzbekistan OCOC dalam bubur.

Gaul dan makan.

Atau campurkan madu dengan air suam.

Bukan air panas menggelegak yer.

Ni untuk energy booster.

Untuk anxiety.

Campurkan air perahan lemon, Madu Uzbekistan OCOC dan serbuk kayu manis ke dalam segelas air.

Kacau dan minum.

5. Anti-Kanser

Saya buat reviu pasal khasiat madu dan ciri antikanser.

Belek jurnal dari Universiti Sains Malaysia.

Fokus pada peranan madu dalam perkembangan dan pertumbuhan kanser.

Kesan power madu banyak dikaji untuk 3 jenis kanser.

Iaitu payudara, hati dan kanser kolorektal.

Nama biasanya kanser usus besar.

Salah satu perkara luarbiasa bagi madu di mana,

Madu bersifat ‘highly cytotoxic’ terhadap sel tumor atau kanser.

Tetapi bersifat ‘non-cytotoxic’ terhadap sel lain.

Tak hairanlah.

Sebab satu-satunya makanan dalam Al-Quran yang jelas disebut.

Sebagai ubat iaitu madu.

6. 30 Komponen Bioaktif

Kajian dalam Journal of Agricultural & Food Chemistry pada tahun 2019,

Madu asli ada lebih kurang 30 komponen bioaktif.

Dikenali sebagai polyphenols dan phytochemicals.

Rawatan alternatif untuk cepatkan penyembuhan luka.

Sebab madu ada flavonoids, phenolic acid, asid organik, enzim dan vitamin.

Ini tips merawat luka biasa di rumah.

  1. Cuci luka dengan bersih.
  2. Guna madu organik. Calitkan.
  3. Balut/tampal luka dengan kemas.

Kalau luka parah tu jangan pandaikan diri jadi doktor bidan terjun.

Yang tu kena pergi hospital.

Nanya nanti kalau kena infection.

7. Bantu Pencernaan

Madu asli ada sifat prebiotik – baik untuk usus.

Campurkan Madu Uzbekistan OCOC dengan lemon dalam air suam. Minum.

Boleh add on halia untuk khasiat triple.

Sesuai untuk masalah sembelit. Cuci usus tanpa hakis.

Seimbangkan gas metabolik dalam badan. Bila membuang pun normal.

Madu juga bantu lawan bakteria jahat dalam usus. Helicobacter Pylori.

Bakteria jahat penyebab ulser dan kanser perut.

Kajian dalam jurnal BMC Complementary Medicine and Therapies pada tahun 2021,

Madu ada makronutrien dan mikronutrien.

Jumlah keduanya bergantung pada jenis madu.

Asal usul. Jenis lebah. Dan persekitaran.

Madu hutan dan gunung seperti Madu Uzbekistan OCOC punyai nutrisi paling padat.

8. Elak Sindrom Metabolik

Kajian yang dibuat di UKM dalam jurnal Molecules pada tahun 2021,

Sindrom metabolik atau penyakit serangkai.

Obesiti, hyperglycaemia (gula tinggi dalam darah), dyslipidaemia (kolesterol tinggi), and hypertension (tekanan darah tinggi).

Madu dengan kandungan polyphenols dan flavonoids.

Kandungan polyphenols dalam madu iaitu caffeic acid, p-coumaric acid, and gallic acid.

Ada ciri anti-obesiti dan anti kolesterol tinggi.

Power tak power khasiat madu.

Caffeic acid dan quercetin dalam madu kurangkan jisim lemak.

Memang terbukti madu sebagai functional food.

Untuk cegah sindrom metabolik.

9. Energy Booster

Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka.

Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.

Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen.

Sampai lembik budak-budak ini.

Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari,

Dapatkah mereka bertahan?

Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat?

Atau ia hanya jadi kelas sosial?

Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja.

Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka.

Ini tips saya. Bagi anak minum.

  1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
  2. Masukkan ke dalam blender.
  3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
  4. Blend.
  5. Campurkan dengan Madu Uzbekistan OCOC

Hidangkan. MUDAH dan CEPAT.

Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam otak

Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.

10. Kaya Phytonutrients

Phytonutrients ditemui dalam tumbuhan. Bahan power.

Bantu lawan jangkitan bakteria dan kulat. Bantu lawan sinaran UV.

Tapi ia hanya ada dalam madu asli seperti Madu Uzbekistan OCOC.

Madu original bebas pengawet. Pewarna dan perasa tiruan.

Jurnal Pharmacognosy Research pada tahun 2017,

Madu bukan sahaja dianggap produk bernutrisi.

Tapi juga banyak digunakan dalam rawatan tradisional dan rawatan alternatif.

Yang ada masalah dark circles bawah mata boleh cuba tips ni:

  1. Campurkan Madu Uzbekistan OCOC dengan serbuk kunyit.
  2. Pastikan tekstur seperti paste pekat.
  3. Lumurkan pada bahagian bawah mata.
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Kemudian, bilas.
  6. Amalkan seminggu 2 kali.

Boleh lihat perubahan. Dark circles makin kurang.

11. Rawat Luka

Kalau luka memang wajib sapukan madu pada bahagian terkena luka.

Kajian dalam jurnal Scientific Reports pada tahun 2021,

Madu adalah cecair berkhasiat dengan ciri ciri antibakteria.

Antifungal dan antiradang.

Beri kesan positif pada luka terkena jangkitan.

Kandungan madu yang tinggi asid, antioksidan, hidrogen peroksida dan kesan osmotic mainkan peranan.

Jurnal Open Life Science pada tahun 2021 di mana,

Madu digunakan dalam rawatan luka terbakar.

Luka cakar, Luka diabetes. Leprosi. Ulser kaki. Ulser varicose. Luka bedah.

12. Rawat Batuk

Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain.

Tak ambil ubat batuk.

Sebab mata kepala sendiri lihat scan otak lepas ambil ubat batuk.

Sedih saya tengok.

Saya prefer yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus.

Kesan yang tak jahanamkan otak.

Sampai sekarang saya guna petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.

  1. Potong 1 biji bawang Holland. Guna 1 bahagian sahaja.
  2. Leraikan lapisan bawang tadi.
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan Madu Uzbekistan OCOC ikut kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
  6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
  7. Ambil satu sudu dan minum.

Rasanya persis ubat batuk.

Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah.

Tiada kesan buruk pada otak.

Orang putih panggil cough syrup.

Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah.

Kita yang lagha.

Homemade remedy untuk batuk. Mesra tekak dan lawan jangkitan.

13. Rawat Insomnia

Susah tidur? Pusing sana pusing sini. Tak lena lena juga.

Sampai panas berbahang tilam jadinya.

Tak perlu susah hati. Boleh cuba formula teh ni.

 

  1. Halia sebesar ibu jari. Ditumbuk.
  2. Bunga kamomil 6-8 kuntum.
  3. Air 2 atau 3 cawan.
  4. Rebus kedua bahan ini selama 2 minit.
  5. Tapis dan masukkan dalam cawan.
  6. Masukkan Madu Uzbekistan OCOC secukup rasa.
  7. Minum.

Senangkan.

Selamat tidur lena malam ni.

14. Hidrasi Kulit

Madu juga sering guna dalam produk kosmetik.

Untuk rawatan facial spa. Nak yang padu punya buat sendiri. Letak pada kulit muka.

Malam sebelum tidur. Seminggu dua kali.

Glowing semula jadi. Tampak segar dan berseri sepanjang hari.

Takyah letak bedak letak macam macam bertempek atas muka.

Senang jerawat nak berkhemah atas muka bila main campur produk.

Kulit muka amat nipis dan sensitif.

Tak elok letak terlalu banyak produk sebab dalamnya ada banyak bahan kimia.

Jurnal Molecules pada tahun 2020 mendapati,

Madu ada ciri melembapkan.

Kerana adanya molekul bioaktif yang bertindakbalas dengan sel kulit.

15. Moisturizer Rambut

Madu Uzbekistan OCOC adalah hasil daripada 2200 spesis flora.

Asli. Tidak ditapis. 100% organik.

Letaknya di pergunungan Chimgan.

Yang tersohor dengan kualiti madu terbaik.

Cukup terkenal untuk rambut.

Jadikan kulit rambut sihat. Tidak kering. Tiada kelemumur berkuping.

Yang ada masalah keguguran rambut. Rambut mudah tercabut. Kering dan rapuh.

Boleh cuba tips ni:

  1. Pecahkan 1 biji telur.
  2. Campurkan 1 sudu makan Madu Uzbekistan OCOC.
  3. Gaul.
  4. Lumurkan pada kulit kelapa dan rambut.
  5. Biarkan selama 45 hingga 1 jam.

Kemudian, guna shampoo dan bilas dengan air.

Pastikan bau hanyir telur tu hilang.

Nanti kang tak pasai rambut dah elok. Tapi berbau.

16. Turunkan Berat

Walaupun bersifat manis namun madu punyai nindeks glisemik rendah.

Ada ciri anti-obesiti.

Kajian dalam jurnal Nutrients pada tahun 2018 mendapati,

Pengambilan madu secara konsisten pada jumlah tertentu rendahkan paras gula dalam darah.

Elak kenaikan berat badan.

Di samping rendahkan paras kolesterol jahat dan naikkan kolesterol baik.

Madu tingkatkan sensitiviti insulin.

Bantu lindungi pankreas daripada kerja terlampau kuat.

Satu tips turunkan berat badan secara semula jadi:

  1. Letak serbuk kayu manis dalam secawan air panas.
  2. Biarkan selama 30 minit.
  3. Apabila air bertukar suam, letak Madu Uzbekistan OCOC.
  4. Kacau sehingga sebati.
  5. Minum 1 jam 30 minit sebelum breakfast.

Pantang Larang Madu

Walaupun madu ni ada 1001 khasiat tapi ada pantang larangnya juga.

Ramai yang tak sedar akan hal ni.

Apa pantang larangnya?

  • Elak makan makanan bergula selepas makan madu

  • Elak tidur terus selepas makan madu

  • Elak menyuap madu pada bayi bawah 12 bulan

  • Elak makan madu yang sudah dipanaskan

Boleh ingat?

Power tak madu?

Nanti nak minta kongsi info ni biar semua orang dapat manfaatnya.

Mengalir lah sedikit sebanyak pahala buat bekal di alam sana nanti.

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

Scroll to Top