Bukan Sembarangan Buah, Ini 6 Khasiat Nangka

Nangka ni buah tempatan.

Kalau dekat kampung, mesti ada pohon nangka belakang rumah.

Selain dimakan begitu saja.

Nangka juga enak dijadikan pengat.

Ini resipi saya untuk pengat nangka versi sihat.

Pakai gula kelapa dan Celtic salt.

Kalau nak tambah pisang nangka, lagi merecik!

Boleh lah buat makan makan petang.

Nangka ni ada banyak khasiat ye. Ramai jarang ambil tahu.

Bahan A:

14 ulas isi nangka

2 sudu makan sagu (basuh, tapis)

2 helai daun pandan (simpulkan)

1 cawan santan pekat

Garam cukup rasa

 

Bahan B:

1 cawan air

1/2 cawan gula kelapa

1/2 keping nisan kerek

 

1. Masak bahan B sampai mendidih.

2. Masukkan sagu, nangka, daun pandan dan garam dalam air gula tadi.

3. Kacau dan masak sampai mendidih guna api sederhana.

4. Akhir sekali, masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih.

BACA 9 KELEBIHAN CELTIC SEA SALT

Apa khasiat nangka?

Tinggi vitamin C dan beberapa jenis mineral dan vitamin lain.

Berbanding epal, aprikot, avocado dan pisang.

Nangka antara buah tinggi vitamin B jarang ada dalam buah lain.

Selain ada niacin (B3), riboflavin (B2), folat, magnesium dan potassium.

 

Perasan tak? Nangka warnanya terang.

Warna kuning dan oren tanda hadirnya carotenoid.

Juga tanda tinggi vitamin A.

Carotenoid antioksidan kuat lindungi kerosakan sel.

Serta cegah masalah mata termasuk macular degeneration dan katarak.

Makin ranum nangka, makin tinggi carotenoid.

 

Lagi padu, antioksidan lebih banyak ditemui dalam bijinya.

Pernah makan biji nangka rebus?

Dalamnya ada lignan, saponin dan isoflavone serta kaya dietary fibre.

Semua ni bantu weight loss. Cegah sembelit. Cegah risiko kanser.

Cegah terbentuknya ulcer pada dinding usus.

 

Biji nangka mengandungi kanji degil atau resistant starch.

Tugas kanji degil ialah kawal gula darah dan sihatkan usus.

Biji nangka juga berupaya turunkan kolesterol.

Jangan pandang sebelah mata ye walaupun hanya biji.

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0