Kenapa Koala Boleh Tidur Selama 22 Jam? Sebabnya MENGEJUTKAN!

Kisah hidup koala ni sangat menarik bagi saya.

Dah macam member ni masa tinggal di Australia dulu.

Kecomelannya memang bikin hati terpikat.

Tahu tak koala ni dia boleh tidur selama 22 jam dalam sehari!

Kalah sloth yang dalam kartun Zootopia tu.

Sloth paling lama pun 20 jam. Menarik bukan?

Kenapa mereka boleh tidur begitu lama?

Adakah memang mereka ni masuk kategori pemalas?

Ataupun disebabkan genetik yang sudah diciptakan sejak dari awal?

Koala ni boleh tidur begitu lama disebabkan oleh pemakanan.

Mereka amal ‘low energy diet’.

Bab cerewet tak payah cakap.

Koala ni cerewet bab makanan. Dia makan dedaun sahaja.

Dalam sehari mereka makan 500g daun. Bukan sembarangan daun.

Ada daun daun terpilih saja yang memasuki senarai diet.

Apa yang unik pasal koala ni.

Diet mereka terdiri daripada daun bertoksin seperti daun eucalyptus!

Daun kebanyakan haiwan lain tak boleh makan.

Sebab biologi koala ni pemalas.

Jimat masa tenaga dia dah tak perlu berebut dengan haiwan lain. 

BACA 21 KHASIAT MENAKJUBKAN SALAD ROMAINE!

Diet koala ni tinggi air je tapi rendah nutrisi dan fiber.

Tapi makan daun bertoksin tak bahaya ke?

Koala ada keupayaan sistem usus spesifik untuk pecahkan minyak toksin daun tadi.

Tapi ianya ambil masa.

Bukan sejam dua tapi berpuluh jam lamanya.

Sebab itu koala perlu tidur lama untuk conserve energi.

Nak lancarkan proses pemecahan toksin tadi.

Koala ni dia aktif pada waktu malam. Petang KO.

Sama macam manusia.

Kalau makanannya sihat bebas toksin, maka tubuh tak perlu kerja keras untuk hadam.

‘Toksin’ yang dimaksudkan:

Gula putih, garam putih, pengawet, perisa, pewarna tiruan.

Lemak tepu, lemak trans, minyak dalam makanan segera.

Lebih banyak tenaga akan dihasilkan. Tubuh pun bertenaga.

Kualiti tidur bertambah baik.

Tapi kalau makanannya tak sihat, akan jadi macam koala.

Tubuh kena kerja keras untuk hadam. Kesannya?

Kurang tenaga dihasilkan. Badan pun rasa letih lemau.

Malam buta pun masih berjaga.

Koala ni tak apa lah sebab memang sudah diciptakan begitu.

Tapi kita ni kenapa nak jadi macam koala? Renungkan

Belajar sesuatu?

 

BACA ARTIKEL SETERUSNYA:

<img draggable= 14 KHASIAT DAUN PANDAN RAMAI TERLEPAS PANDANG

<img draggable= 10 KELEBIHAN LIMAU KASTURI UNTUK TUBUH

<img draggable= 8 KHASIAT LUARBIASA TEH BUNGA TELANG

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top