Kuih Muih Bersaiz Kecil Tapi Tinggi Kalori – Ini Perkongsian Dr Rizal

Saya sering datang melawat negeri Kelantan.

Sungguh menarik saya lihat ada macam macam jenis kuih muih.

Cukup terkenal dengan kuih tradisional Melayu.

Lagi lagi bila tiba musim tengkujuh, memang penuh aneka.

Dalam perjalanan saya untuk kembali ke Selangor, sempat singgah di Kuala Krai.

Pekena pula sejenis kuih namanya putu halba.

Memang jadi buruan orang orang di sini kerana putu halba hanya dijual sewaktu musim hujan.

Apa yang buatkan putu halba Kelantan ni berbeza?

Daripada putu di negeri negeri lain?

Dalamnya ada sejenis rempah namanya halba.

Dipanggil fenugreek dalam bahasa Inggeris.

Kenapa musim hujan je mesti muncul putu halba?

Salah satu khasiat halba ialah bantu panaskan badan.

Suhu rendah pada cuaca sejuk ni buatkan tubuh senang nak demam.

Nanti saya cerita kemudian bab khasiat luarbiasa halba ni.

BACA KENAPA SAYA KERAP CRAVING MAKANAN MANIS?

BACA 6 KEBAIKAN GULA UNTUK TULANG

Berbalik kepada kuih muih tadi,

Ada banyak jenis sampai pening nak makan mana satu.

Cuma ada satu persoalan.

Kalau perasan, kuih muih ni saiznya kecil cinonet.

Tapi kalori cukup tinggi untuk setiap keping atau setiap biji.

Kenapa kuih-muih ni tinggi kalori belaka?

Kerana kandungan gula yang tinggi.

Serta kebanyakan kuih muih diperbuat daripada ‘refined carbs’

Iaitu tepung putih yang dilunturkan. 

Sesetengah kuih juga digoreng dalam minyak yang banyak.

Menaikkan lagi kalori sedia ada.

 

Selain kuih muih, ada kek, nasi putih, mee, donut, burger adalah karbo ringkas.

Apabila diambil 30-40 gram setiap kali makan,

Gula akan meningkat di dalam darah. Asalnya bekalkan tenaga.

Apabila tidak diguna untuk kerja kerja tulang empat kerat,

Ia bertukar menjadi lemak.

Lemak lemak dengan bangga akan berkumpul di perut. 

Boyot dan buncitkan bumper depan manusia.

Rasa mengah mula menghimpit.

Duduk bangun jadi payah. Sengal mula menjelma. Potong kuku kaki jadi sukar.

 

Lapar pula meningkat. Metabolisme menurun. Tenaga juga menurun.

Apabila diulang hari hari, natijah buruknya membesar.

Dekatkan diri kita dengan hospital.

Sediakan diri kita untuk terima suntikan demi suntikan. Setiap hari.

Sanggupkah kita sediakan perut sendiri untuk disuntik?

 

Bukan itu sahaja,

Gula yang bertukar dari karbo ringkas ini juga ganggu otak manusia. 

Bahagian memori akan kehilangan selnya. Mati satu persatu.

Nak makan tiada masalah. Saya pun makan je.

Cukup ambil sebiji dua sekali sekala.

Yang jadi masalah saya tengok sekali duduk tu.

Dalam pinggan ada 8,9 jenis kuih. Sekali ngap 8,9 biji dah dekat situ.

Ini hanyalah peringatan buat semua.

Agar tak menyesal di kemudian hari mendatang.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

Scroll to Top