Kulit Kering? Kepala Berdenyut? Cuba 5 Makanan Ni

Ada yang kerap rasa letih, kepala berdenyut, kulit kering, rasa nak cramp?

Kalau ada mungkin itu tanda badan kekurangan air.

Atau dalam bahasa Inggeris disebut dehydration.

Dehydration ni bahaya. Boleh akibatkan organ failure.

Mengejut pulak tu.

Bila saya tanya,

‘Kenapa tak minum air?’

Banyak jawapan saya dapat.

Ada orang kata kalau minum banyak.

Malas nak ulang alik ke tandas.

Ada yang tak gemar minum air. Boleh tahan.

Ganti dengan minuman manis.

Pada yang tak nak minum banyak air jangan risau.

Kalau tak suka minum. Boleh dapatkan air dari sumber lain.

Contoh paling mudah. Sayur dengan buah.

1- Tembikai

Tembikai ni 92% air.

Kalau kita makan satu cawan tembikai dah dapat ½ cawan air.

Tembikai ada banyak manfaat lain. Bukan setakat air saja.

Dalam tembikai ada lycopene. Anti oksida power.

Lycopene bantu kurangkan kerosakan pada sel. Ni bukan sel biasa.

Sel-sel yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes.

2- Rock Melon

Kalau ada bajet sikit, boleh makan rock melon.

Dalamnya ada 90% air.

Satu cawan rock melon ni berikan kita lebih dari ½ cawan air.

Banyak tu. Sama juga macam tembikai.

Rock melon ada banyak khasiat lain.

Paling orang suka ialah sebabkan kita rasa kenyang.

Tak rasa nak berkudap makanan manis berminyak.

Rock melon juga kaya dengan Vitamin A.

Satu cawan berikan kita 120% keperluan harian vitamin A.

Baguskan?

Paling saya suka pasal vitamin A ni ialah bab sistem imun.

Kajian sebut Vitamin A akan boost sistem imun.

Jauhkan kita dari jangkitan.

3- Oren

Buah oren ada 88% air.

Saya perasan oren dari Mesir manis sangat. Bolehlah cari.

Dalam oren ada Vitamin C dan potassium.

Keduanya juga boost fungsi sistem imun kita.

Musim virus merata ni sesuai sangat ambil oren.

Flavonoids yang halang sel rosak ada pada oren.

Oren juga tinggi fiber. Jadikan kita kenyang.

Dah lah dapat air, kenyang pula lagi.

4- Timun

Timun masuk kategori sayur. Bukan buah. Walaupun bentuk macam buah.

95% dari timun adalah air. Dahsyat kan.

Timun ni kaya dengan vitamin K, potassium dan magnesium.

Kita tahu magnesium sangat penting proses uraikan nutrisi dalam tubuh.

Magnesium juga bantu bagi dapat tidur nyenyak.

5- Tomato

Tomato ada 94% air.

Satu saiz sederhana bersamaan dengan ½ cawan air.

Tomato ni kaya dengan vitamin A dan C.

Dalam tomato juga ada lycopene. Anti oksida penting untuk lawan penyakit.

Kajian sebut,

Lycopene dapat rendahkan risiko serangan jantung dan kanser prostate.

Orang lelaki kena rajinlah makan makanan tinggi lycopene ni.

Tak perlu lagi nak minum banyak-banyak sampai kembung perut.

Buah dan sayur ni bekalkan dalam tubuh secara diam-diam.

Yang best ialah taklah rasa nak kena pergi tandas kerap.

Bolehlah cuba.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top