Pisang, Kurus & Otak

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Dua hari berturut ke supermarket. Beli pisang. Beli sikit-sikit.

Kebetulan orang sama bertugas kaunter. Ditegur si juruwang.

“Beli pisang lagi Bang? Semalam pun beli dua biji. Hari ni dua biji”,

soalnya dengan tersenyum.

Mungkin kelakar baginya sebab kuantiti dibeli sedikit.

Saya angguk sambil tersenyum. Bayar dan jalan. Tidak mahu beri ulasan.

Terbayang saat pilih pisang tadi. Ada yang ranum.

Muncul bintik-bintik hitam di kulit. Ada berwarna kuning cair. Bersih.

Ada yang hijaunya masih bertempek. Ada sedikit panjang saiznya. Ada bersaiz sederhana.

Kenapa dua biji? Kenapa yang dipilih masih ada hijaunya. Kenapa bukan yang ranum?

Teringat satu ketika. Heboh di Jepun. Pisang habis. Sukar di dapati.

Semuanya gara-gara kurus. Ada pendapat mengatakan pisang menurunkan berat badan.

Orang berpusu-pusu ke pasar. Tujuannya mahu beli pisang. Mahu kurus.

Pisang tidak ada kandungannya yang menurunkan berat badan.

Kelebihannya banyak. Kalori sikit. Makan pisang mengenyangkan.

Kalau perut saiz XXXL mungkin setandan baharu kenyang.

Umumnya dua biji pisang sudah mengenyangkan.

Andai mahu kelihatan seperti usia sebenar. Bukan tua sebelum usia, makanlah pisang.

Pisang ada anti oksida. Membaik pulih organ dalaman.

Organ dalaman muda, yang luar ikut muda.

Mahu hadiri mesyuarat, baca buku atau buat pembentangan, Ambil pisang.

Ada kehebatan pada pisang. Ada B6, manganese dan copper. Semuanya untuk otak.

Ada fiber pada pisang. Diproses secara perlahan oleh sistem.

Lambat terasa lapar. Rahsianya pada Pectin.

Antara pisang ranum dan masak tetapi masih kehijauan, elakkan yang ranum.

Gula sedikit. Kanji kecil.

Mahu kawal tekanan darah, pisang boleh membantu.

Ada potassium. Membantu kesihatan jantung manusia dan buah pinggang.

Kajian dapati makan sebiji pisang waktu sarapan dapat tingkatkan mood sehingga separuh hari.

Pisang juga turunkan emosi negatif yang bersarang dalam diri.

Buah pisang disebut di dalam Al-Quran. Disebut sebagai makanan di syurga.

Kenapa abaikan?

Jom memisang

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top