Lisa Nichols & Teknik Neurocise: Strategi Untuk Rewire Semula Otak Manusia

Pada tahun 1995, Lisa Nichols buat keputusan besar. Satu keputusan yang merubah hidupnya. Keputusan beri cahaya hidup baharu pada anaknya, Jalani.

Sebelum itu Lisa jadi mangsa keganasan sang suami. Dia didera secara verbal, emosi dan fizikal. Dia terperangkap dalam dunia ganas, pencabulan dan diperlakukan seperti binatang.

Ada ketikanya dia seolah menanti maut datang menjemput.

Pada saat Lisa ditinggalkan suami dia dapati dalam akaunnya hanya ada USD$11:40. Dengan jumlah itu dia tidak mampu beli lampin untuk Jalani yang berusia 8 bulan ketika itu.

Dia hanya mampu bungkus anaknya dengan tuala. Tidak ada pakaian. Sedih, kecewa dan derita.

Dia melihat anaknya dengan deraian air mata.

Pada saat itulah dia kumpulkan kekuatan. Entah dari mana muncul percikan cajaya semangat itu. Lisa sebut pada anaknya “Jangan risau nak, ibu tak akan miskin lagi! Kita tidak akan menderita lagi”

Ketika ini Lisa Nichols adalah penulis buku terkenal, Inspirational Speaker dengan aset peribadi melebihi USD$5 juta.

Amazing sekali!

Mahukah anda tahu apa yang dilakukan oleh Lisa Nichols? Apa tindakannya? Apa strateginya?

Teknik ini dinamakan NEUROCISE, ilmu neurosains praktikal yang teruji dan terpuji. Strategi untuk REWIRE semula otak manusia – otak anda

 

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top