Macam Mana Orang Boleh Bercakap Atas Pentas

Dulu tertanya tanya macam mana orang boleh bercakap atas pentas. Hebat sungguh. Lebih lebih lagi bercerita atau storytelling

Kerana rasa kagum saya tonton Ted Talk. 200 video Ted Talk saya hadam. Perhati dan perhalusi.

Tidak cukup dengan Ted Talk, saya pergi belajar tentang storytelling. Belajar dengan ramai presenter.

Hebat storytelling. Tetapi apabila saya baca kisah Sam Cawthorn dengan Story Showingnya semuanya berubah. StoryShowing lebih power lagi.

Beza antara I tell you the story dengan I show you the story. Beza dengan hanya sebut “Sehingga dahi terluka,” dengan “Lihat! Inilah parut menjadi tanda betapa kebangkitan aku adalah kebangkitan berdarah,” sambil tunjukkan parut di wajah.

Kisah Sam Cawthorn seorang bekas Youth Worker dari Sydney sungguh menarik. Beliau dianugerah Young Australian Of The Year kerana kemampuan bangun semula.

Hidup Sam bertukar apabila dia terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari kerja.

Kerana keletihan dia tertidur sewaktu memandu. Keretanya terbabas. Melanggar pembahagi jalan.

Sam pengsan. Tubuhnya seolah terputus dua. Dia hilang tangan dan kaki kanan. Diisytiharkan mati selama tiga minit.

Tiba-tiba ketika hendak ditutup tubuhnya, dia bangun. Seolah hidup semula. Paramediks terkejut. Ada yang terduduk.

Nyata nyawa yang masih melekat dan panjang.

Dia hidup. Cuba bangkit semula. Dia diberitahu tidak akan dapat berjalan lagi.

Berbulan di hospital. Dia lawan kemurungan. Lawan untuk bangun dan berjalan semula.

Kisah beliau beri inspirasi. Dia mula dijemput berkongsi kisah hidupnya.

Dia bercerita. Storytelling. Dirasakannya bagus. Tetapi seperti narator. Penyampai sahaja.

Tidak melekat pada jiwa dalam penonton. Mereka tidak merasai debarannya. Sehinggalah dia berguru dengan Prof Marilyn Horowitz – writer coach dari New York.

Prof Marilyn sebut “You have to show your story. Once you show people will follow. They’ll feel.” Itulah yang dilakukan Sam – StoryShowing.

Sekarang Sam Cawthorn adalah pemilik Speaking Institute di Sydney. Beliau melatih secara offline dan online.

Movie adalah storyshowing. Bukan sekadar storytelling. Movie adalah persembahan.

Storyshowing adalah movie bawaan seorang presenter. Bukan sekadar bercerita tetapi menunjuk dan gayakan cerita. Storyshowing adalah kekuatan gunakan bahasa fizikal.

Saya akan berkongsi ilmu supermahal ini pada 23hb Februari ini. Ini ilmu praktikal. Ilmu buat sampai dapat.

Tempat terhad. Saya tidak perlukan ramai orang. Sedikit dan eksklusif sambil makan brain-based food.

Hari ini hari terakhir untuk dapatkan harga istimewa. Mulai esok harga akan dinaikkan.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top