Pilihan: Nak Makan Banyak Atau Makan Sikit? Ini ‘Trick’ Wajib Anda Ketahui

Dalam satu sesi coaching neuromarketing saya kongsikan satu research. Hebat research ni.

Ia berkaitan macam mana nak bagi orang kurang makan. Juga macam mana nak bagi makan lebih?

Kalau anda ke kedai makan, restoran atau hotel anda akan perasan satu persamaan. Hampir kesemua pakai pinggan putih.

Kenapa agaknya?

Soalan ini dikaji oleh Oxford University. Soalan lain mereka tanya ialah manusia makan kerana bau, rasa atau apa? Mereka terbitkan kajian dalam jurnal saintifik Appetite.

Bila mereka kaji mereka berjumpa dengan jawapan yang sangat menarik.

Bila guna pinggan putih, orang makan banyak. Mereka kata makanan sedap.

Bila makanan sama diletak dalam pinggan warna merah, mereka makan sikit. Mereka kata kurang sedap.

Menarik bukan?

Ini contoh bagaimana manusia membeli dengan mata. Makanan sedap kerana mata. Bukan lidah. Bukan bau.

Apa yang boleh kita belajar?

1. Cuba semak pinggan kat rumah. Warna apa? Kalau nak kurangkan makan, gunalah pinggan warna merah.

2. Kalau anda orang bisnes, pastikan anda guna warna putih, bersih, murni warnanya. Lebih sedap makanan anda.

3. Kalau nak menang hati pasangan, serve dengan pinggan putih. Cawan pun putih. Makanan dan minuman jadi sedap. Lepas tu baru cakap yang anda mahu cakap.

Biasanya hajat lebih mudah dapat dan ditunaikan.

Ini contoh powernya research dalam bidang neuromarketing. Bukan saja bagus untuk bisnes. Malah boleh diguna dalam rumahtangga.

Bolehlah cuba ye.

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0