Makan Sampai Bengap Otak? Di Mana Salahnya?

“Kau ni asal bengap sangat? Banyak kali ajar pun masih tak faham!”

Bayangkan kalau ayat di atas ditujukan kepada anak anak kita.

Apa perasaan Tuan Puan?

Makanan boleh sebabkan bengap? Mungkin bunyinya kasar.

Tetapi hasilnya ke arah itu dalam konteks faham yang diajar.

Ini hasil kajian dari banyak sumber antaranya, University of Montreal.

Contoh makanan penyumbang kepada bengap?

Makanan ringan (junkfood) selain makanan segera (fastfood)

Junkfood makin hari makin mendominasi pasaran dunia.

Kalau zaman dulu, berfikir juga lah nak beli sebab masa itu mahal.

Duit pula tak ada. Berbeza dengan zaman kini.

Makanan segera ready-to-buy dalam bungkusan jadi dambaan.

Seperti mi segera, cikendes, kek, sosej, keropok, donut, biskut, carbonated drinks.

Hampir 70% makanan dijual di pasar raya.

Masuk kategori ‘highly processed’ – tinggi pengawet, perisa, perasa tambahan, MSG, gula dan garam tinggi

Kajian dapati junkfood sebabkan lambakan keluarnya Dopamine.

Lebih banyak dari kadar biasa.

Kajian dari Scripps Research Institute in Florida pula dapati,

Jumlahnya sama seperti ambil dadah Cocaine.

Ya, Cocaine juga sebabkan lambakan Dopamine.

Apabila otak dibanjiri hormon ini ia ganggu fokus dan belajar.

Bolehkah orang yang otaknya dalam ketagihan belajar?

Asalnya Dopamine dalam otak bantu kita belajar. Bantu fokus.

Lebihan Dopamine beri dampak buruk iaitu kesan ketagihan.

Saya tertanya tanya apabila tak boleh belajar dan tak dapat fokus,

Dapatkan kita jadi pandai?

Bukan itu je, bila kerap ambil junkfood. Neuroplasticity otak menurun.

Sel otak yang berhubung makin lama makin tak berhubung.

Ganggu proses belajar benda baru dan ganggu pembentukan memori.

Ia juga sebabkan inflamasi pada otak terutama bahagian Hippocampus.

Kalau lapar setiap masa dan mahu makan makanan segera berproses sahaja.

Ini antara tanda Hippocampus rosak.

Junkfood juga bahayakan usus BACA DI SINI

Ramai tak sedar ataupun malas ambil tahu tentang toksik.

Ya, bahan bertoksik ada berlambak dalam junkfood.

Antaranya? LIHAT DI SINI

Jangan asalkan nampak menggiurkan, terus hentam makan.

Nak tahu bagaimana tubuh proses junkfood?

BAGAIMANA TUBUH PROSES MAKANAN SEGERA?

Bagaimana mahu elak perkara sebegini?

Ajar anak daripada awal untuk ambil makanan sebenar.

Makanan yang bukan ‘highly processed’

‘Real food’ yang bekalkan banyak nutrisi, zat, mineral dan vitamin

Cuba semak apa yang anak-anak makan? Apa yang bagus untuk mereka makan?

Apa pula yang kita makan? Selamat menyemak.

Anda Juga Mungkin Berminat

4 Jenis Racun Ini Disembur Pada Tanaman

5 Tips Mudah Elak Muka Kembang (Puffy Face)

“Kenapa Berat Tak Turun?” – Bagaimana MCT Oil Bantu Weight Loss?

25 Makanan Bantu Kurangkan Simptom Anxiety

7 Manfaat Gosok Lidah Ramai Tak Tahu (Tongue Scraping)

Tips Elak Sakit Tulang Belakang (Pinggang)

Scroll to Top
0