Selain Makanan Segera, 6 Makanan Ini Boleh Bahayakan Usus

Segala punca penyakit yang membawa maut bermula daripada USUS.

Ini fakta. Apa makanan yang boleh gugat kesihatan USUS?

Anda penggemar M**O Dinosaur, Teh Tarik Buih, Green Tea C**T**M**, Air Tenaga R**B***, Teh Boba & Air Bergas?

Persamaan semua ni ada gula putih. Ada gula tambahan.

Artikel berkaitan: 21 Bahaya ‘Energy Drinks’ Ramai Tak Ambil Tahu

Gula Putih

Gula ibarat racun pada diri.

Kandungan gulanya terlalu tinggi maka ianya meracuni diri.

Penyebab pelbagai penyakit kronik.

Penyebab inflamasi atau keradangan pada pembuluh darah.

Bukan itu saja.

Gula putih umpama baja jerawat.

Akibatnya kulit jadi kusam, berkedut dan gelebeh.

Boleh cuba sendiri. Sebulan diet TANPA gula putih. Biar hasil berbicara.

Gula putih perlu sejumlah besar air untuk buang daripada sistem badan.

Tambah yang ada masalah gula tinggi. Main pulun organ nak buang.

Badan cuba yang terbaik untuk halau keluar gula berlebihan daripada darah melalui air kencing.

Sayangnya kepada tuan punya badan.

Gula putih bagi tekanan dekat pankreas dan hati.

Oksigen otak kebuluran.

Terlalu banyak gula dari masa ke masa bentuk ‘insulin resistance’.

Nak tahu lebih lanjut?

1001 Fakta Gula Putih (Ikut Kajian Terkini)

Garam Putih

Ini bukan garam yang asli.

Garam yang asli warnanya seakan-akan merah jambu.

Contoh garam bukit atau garam Himalaya.

Garam ni perlu diambil dalam jumlah kecil untuk dapatkan khasiatnya.

Garam penting untuk metabolisma badan.

Makanya elakkan garam warna putih.

Kerana inilah disebut sebagai ‘refined salt’ – raja segala penyakit.

Garam berlebihan tingkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.

Garam selalu guna untuk masak dipanggil garam masakan.

Dalam bentuk natrium klorida.

Garam dalam bahan pengawet contohnya potato chips, kicap dan marjerin.

Dalam bentuk sodium benzoat dan sodium nitrat.

Manakala garam dalam seasoning iaitu MSG dan vetin.

Serta dalam makanan bertepung seperti roti dan pastri dalam bentuk sodium bikarbonat.

Nak tahu lebih lanjut?

Garam vs Monosodium Glutamat (MSG)

Susu Putih

Ramai kata susu bagus. Tapi tak ramai mahu menimba ilmu tentang susu.

Katanya susu low fat itu bagus.

Tapi itulah yang menambah lagi lemak dalam badan.

Sentiasa diingat, susu original warnanya kekuningan, banyak kandungan khasiat.

Tapi faham bukan mudah nak cari.

Kalau tiada pilihan, antara susu full cream, fresh dengan low fat.

Seeloknya ambil yang full cream dan fresh.

Kenapal low fat TAK BAGUS?

Kandungan gulanya lebih tinggi berbanding dua tadi.

Masa badan nak pecahkan lemak, ia perlu lalui proses lipolysis.

Selagi ambil gula tinggi, maka badan akan sentiasa hasilkan inulin tinggi.

Bila insulin tinggi, ia akan halang proses lipolysis.

Ramai terpedaya dengan istilah low fat.

Kalau nak juga low fat, carilah susu yang kandungan gula kurang daripada 2g/100ml.

Nak lagi baik, cari yang low fat, low sugar.

Tapi jujur saya cakap. Dekat pasaran masih tak jumpa lagi lah.

Artikel berkaitan: 17 Khasiat Susu Kambing Berbanding Susu Lembu

Karbohidrat Putih

Susu pekat manis, nasi putih, roti putih, bijirin putih dan tepung putih.

Telah lalui proses penapisan dan pelinciran.

Ditambah bahan kimia.

Manusia dahulu kala sekitar 60an 70an.

Mereka amalkan beras perang, bukan nasi berwarna putih rutin harian kini.

Analisa dan kajian telah dilakukan.

Buang mereka berempat daripada diet.

Daya ingatan makin kuat, stress tidak lagi menjengah.

Maka kemurungan makin berkurangan.

Minyak Masak

Seri murni, V-sawit, Buruh, Saji mahupun minyak sayuran.

Bagi saja nama, semua pasti tahu.

Tapi tak ramai amalkan minyak kelapa, minyak MCT, gee atau minyak zaitun.

Minyak kelapa tergolong dalam kategori superfood.

Masuk dalam senarai smart Fat. Antara yang wajib diambil setiap hari.

Pesakit Alzheimer’s, Parkinson’s, diabetes, autism dan dementia sudah makin pulih.

Makin tunjukkan peningkatan positif.

Dek kerana asbab amalkan hanya coconut oil.

Ini kerana fungsinya sebagai antibakteria, antiviral dan antikulat.

Minyak MCT adalah fat burner semulajadi.

Ia ada 2 hormon yang berikan rasa kenyang.

Satu namanya peptide YY dan satu lagi leptin. Bila dah telan, kurang rasa nak makan.

Dia suppress selera secara sihat. Bukan memaksa.

Kesannya mulut tu tiadalah rasa ‘craving’ itu ini.

Minyak MCT juga bantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Bila usus terjaga sistem imun juga terjaga. Tiadalah jerawat berbukit sana sini.

Tubuh akan gunakan lemak sebagai bahan bakar untuk tenaga.

Baguskan?

Nak tahu lebih lanjut?

Perbezaan Minyak Kelapa, Minyak MCT Dengan Minyak Kelapa Dara

Makanan Segera

Oxidative stress antara penyebab utama penyakit Parkinson’s.

Antara penyumbang utama iaitu makanan berproses contoh daging kisar diproses.

Sosej, nuget dan bebola daging/ikan/ayam.

Makanan segera berproses juga penyebab lagi cepat memori pudar.

Tinggi pengawet, perasa dan pewarna tiruan serta MSG.

Tinggi sodium. Semua ni beri kesan langsung pada kesihatan otak.

Salah satu snek segera yang paling popular.

Dalam satu set kalau ada ayam, burger, air. Mesti ada fries.

Dalam French fries ada 15 bahan. Selain garam, ia ada gula. Ada pewarna.

Ada dimethylpolysiloxane.

Satu bahan kimia yang dimasukkan ke dalam minyak nak goreng French fries.

Tujuan nak elak minyak terpercik ketika proses menggoreng.

Ada sodium acid pyrophosphate dan tert-butylhydroquinone.

Hasil kajian dapati apabila keduanya diambil pada dos dan kekerapan tinggi.

Boleh beri masalah pada penglihatan. Rosakkan mata.

Artikel berkaitan: 6 Bahan Toksik Dalam Makanan Segera

Pakar pemakanan juga bagi amaran.

Tentang risiko terbentuknya carcinogen acrylamide.

Bahan kimia yang terbentuk dalam sesetengah makanan.

Apabila dimasak pada suhu tinggi sama ada goreng, panggang mahupun bakar. Risiko kanser.

Kekerapan makan gorengan tingkatkan penyakit kardiovaskular.

Saluran darah tersumbat. Jantung jammed.

 

Jadi, berhati hati lah ye.

Bukan apa, tubuh nak pakai lama lagi.

Makin tua makin ingin menua dengan sihat tanpa penyakit.

Jom berjihad untuk hak tubuh.

Jangan sia siakan nikmat sihat yang Tuhan kurniakan.

Tak semua dapat rasainya.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top