Ramai tak tahu, antara cara paling mudah untuk segarkan mulut ialah melalui pemilihan makanan harian. Beberapa makanan hilangkan nafas berbau terbukti membantu melawan bakteria penyebab bau dan mengekalkan kesihatan gusi serta lidah. Dengan rutin pemakanan yang betul, nafas kekal segar tanpa perlu bergantung pada penyegar mulut setiap masa.
Bagaimana makanan hilangkan nafas berbau secara semula jadi
Bau mulut berlaku apabila bakteria dalam mulut menghasilkan gas sulfur (Volatile Sulfur Compounds, VSC) yang berbau kuat.
Sesetengah makanan membantu merangsang air liur, dan air liur ini penting untuk mencuci bakteria serta meneutralkan gas sulfur tersebut.
Makanan tertentu mengandungi bahan aktif seperti antioksidan dan polifenol yang boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria dan memecahkan sebatian sulfur.
Sumber probiotik dan makanan berserat pula membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam mulut dan sistem pencernaan, menjadikan nafas lebih segar.
Pengambilan air yang mencukupi membantu elakkan mulut kering iaitu keadaan yang sering mencetuskan penghasilan bau tidak menyenangkan.
Pilihan Makanan yang Bantu Hilangkan Nafas Berbau

1. Epal
Epal kaya dengan polifenol serta sifat mekanikal (kerenyahan) yang membantu menyingkir sisa makanan dan bakteria pada gigi/gusi.
Kajian dari Journal of Frontiers in Microbiology (2022) menunjukkan bahawa polifenol daripada epal muda mempunyai aktiviti antibakteria terhadap bakteria kerap dikaitkan dengan halitosis.
Satu kajian dari PLoS One Jornal (2018) juga menunjukkan bahawa mengunyah epal segera selepas makan boleh mengurangkan viabiliti bakteria dalam air liur secara signifikan.

2. Daun pudina
Pudina terkenal dengan kesan penyegar nafas segera. Kandungan mentolnya membantu meneutralkan bau mulut.
Kajian dalam Journal of International Sciety of Preventive & Community Dentistry (2013) mendapati penggunaan pembilasan dengan pudina dalam remaja mendapat hasil positif terhadap bau mulut.
Minum air rebusan pudina atau mengunyah daunnya selepas makan mampu memberikan kesan yang tahan lama.

3. Lemon
Kajian dari Mediterranean Journal of Medicine and Medical Sciences (2025) mwnyatakan bahawa lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu mengekalkan keseimbangan pH dalam mulut.
Asid semula jadi lemon boleh menghalang pertumbuhan bakteria penyebab bau.
Minum air suam dengan hirisan lemon pada waktu pagi juga membantu detoks mulut dan pencernaan.

4. Yogurt
Yogurt probiotik mengandungi bakteria baik yang membantu mengawal bakteria jahat dalam mulut dan usus.
Menurut kajian oleh BMJ Open Journal (2022), pengambilan yogurt secara konsisten dapat menurunkan tahap hidrogen sulfida dalam mulut dan menjadikan bau mulut lebih segar.

5. Teh hijau
Teh hijau mengandungi katekin sejenis antioksidan kuat yang membantu melawan bakteria penyebab bau mulut.
Satu kajian dalam Journal of Nutritional Science and Vitaminology (2008) menunjukkan teh hijau dapat mengurangkan kadar sebatian sulfur dalam mulut.
Minum secawan teh hijau tanpa gula selepas makan boleh membantu kesegaran berpanjangan.

6. Daun parsley (daun sup)
Daun parsley mempunyai klorofil tinggi yang bertindak sebagai penyegar semula jadi.
Kajian dalam Journal of Helthcare Sciences (2024) mendapati klorofil dapat membantu meneutralkan bau yang berpunca daripada penguraian makanan oleh bakteria.
Mengunyah daun parsley mentah selepas makan daging atau bawang putih boleh membantu kurangkan bau.

7. Sayur rangup seperti lobak dan saderi
Mengunyah sayur seperti lobak dan saderi boleh membantu membersihkan gigi secara mekanikal sama seperti memberus ringan.
Menurut artikel dari University of Ilnois Chicago (2017), ia meningkatkan penghasilan air liur yang penting untuk mencuci bakteria dalam mulut.
Sayur ini juga rendah gula, jadi tidak menggalakkan pertumbuhan bakteria.

8. Air putih
Kajian dari Journal of Oral Medicine and Pain (2021) menyebut bahawa status dehidrasi dikaitkan dengan pengeluaran air liur yang rendah dan kehadiran bau mulut.
Kekurangan air liur boleh menyebabkan mulut kering (halitosis). Minum air dengan cukup membantu memastikan mulut kekal lembap dan mengurangkan pertumbuhan bakteria anaerob.
Saranan umum: minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

9. Halia
Halia mengandungi kompaun 6-gingerol yang boleh membantu meneutralkan sebatian sulfur dalam mulut.
Kajian dari Technical University of Munich (2018) menunjukkan halia meningkatkan enzim sulfat oksidase yang membantu mengurangkan bau nafas.
Minum air halia suam atau hirup hirisan halia segar selepas makan boleh membantu segarkan nafas.
Kesimpulan
Nafas berbau boleh dicegah dengan memilih makanan hilangkan nafas berbau yang betul. Makanan seperti epal, yogurt, pudina, lemon dan teh hijau bukan sekadar menyegarkan mulut tetapi juga memperbaiki kesihatan pencernaan iaitu punca utama masalah bau.
Gabungkan pemakanan sihat ini dengan rutin kebersihan mulut yang baik seperti memberus gigi dan menggunakan floss untuk hasil optimum.
BACA: 9 Makanan Bantu Kurangkan Kemurungan Secara Semula Jadi