makanan otak sihat

9 Tips Mudah Supaya Anak Amal Makanan Sihat

Bagaimana Memori Menjadi Power ?

Hasil kajian ke atas 18,000 orang.

Apabila mereka makan sayur atau lakukan senaman, 21% prestasi memori meningkat.

Apabila keduanya dilakukan 45% prestasi memori mencanak naik.

Apabila tiga aktiviti sihat dilakukan, prestasi memori naik sebanyak 75%.

Lagi banyak aktiviti mesra kesihatan dilakukan lagi POWER memori.

Begitu juga sebaliknya.

Lagi banyak aktiviti sabotaj memori dilakukan lebih merudum prestasinya.

Dalam perkongsian kali ini, saya mahu kongsikan,

 

9 Tips Mudah Supaya Anak Suka Makan Sayur & Buah.

1. Bawa anak ke pasar.

Berikan ruang mereka buat pilihan sayur atau buah.

2. Ceritakan kebaikan sayur atau buah tersebut.

Berikan contoh orang yang mereka kenal dan kagum makan sayur/buah yang mereka atau ibubapa pilih.

3. Kawal peti sejuk.

Pastikan pantri dan peti sejuk tiada makanan segera, jajan atau yang sama waktu dengannya.

4. Basuh sayur atau buah bersama anak-anak.

5. Minta mereka cadangkan bagaimana mahu dimasak sayur itu.

 

6. Potong sayur dengan lebih kreatif.

Potong dalam bentuk tertentu. Supaya kelihatan menarik.

7. Pelbagaikan cara masakan.

Buat dip yang boleh mereka cicah sayur tersebut.

Contoh mudah ialah bakar karot yang dipotong seperti bintang dan sapu madu di atasnya

8. Puji perbuatan anak makan makanan berkhasiat.

Beritahu perubahan pada diri mereka selepas mereka mengambilnya.

9. Ibubapa juga perlu makan bersama anak- anak.

Jadikan makanan anak-anak itu juga makanan kita.

Tips MUDAH ini dah bertahun dilakukan.

Sudah ramai amalkan.

Terlalu banyak hasil hebatnya.

Jangan percaya, buat saja.

Anda Juga Mungkin Berminat

Badan Selalu Letih, Mudah Sakit? Ini 6 Jenis Vitamin Dan Fungsinya Untuk Tubuh

Ramai Makan Pisang Setiap Hari, Tapi Tak Ramai Tahu Waktu Paling Sesuai Makan Pisang

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Scroll to Top