4 Makanan Tingkatkan Kualiti Tidur Nyenyak

Siapa sukar lelapkan mata?

Bila bangun pagi, rasa macam tak tidur.

Kejap mengiring belah kiri, kejap mengiring belah kanan.

Itu tanda tidur terganggu. Tak lena.

Nak kena makan apa untuk boost kualiti tidur agar senang lena?

1. CERI

Kiwi antara buah power untuk masalah tidur.

Kalau ada masalah tidur tak lena walau cukup 8 jam.

Bangun pagi tubuh rasa sengal & lemau.

Boleh ambil 5 ke 10 biji ceri setiap hari sebagai snek petang.

Tinggi vitamin A, C, magnesium serta tinggi melatonin.

Bantu tenangkan aktiviti otak, baikpulih kualiti tidur dan rehatkan otot.

Kajian juga cadangkan pengambilan tart cherry.

Variasi ceri lebih masam mengandungi melatonin cukup tinggi.

Khasiat lain ceri termasuk:

  • Kurangkan inflamasi dalam tubuh
  • Rendahkan kolesterol
  • Lindungi organ jantung
  • Kuatkan sistem imun
  • Cegah risiko kanser

2. KIWI

Kiwi ni antara superfruit tinggi antioksidan penting.

Boleh dikatakan buah cukup pakej.

Kajian dapat memakan kiwi 1-2 jam sebelum tidur bantu tingkatkan kualiti tidur.

Lebih cepat terlena dan durasi tidur juga lebih lama.

Dengan peningkatan hormon melatonin dan juga serotonin.

Perut kerap bermasalah? Mudah kembung dan berangin? Sekejap sakit tapi tak rasa nak membuang?

Makan sikit terus cirit birit ataupun sembelit?

Itu tanda sistem penghadaman tunggang langgang.

Macam mana nak elak? Boleh ambil buah low fructose seperti kiwi.

3. TEH KAMOMIL

Teh kamomil ni terkenal.

Sebagai salah satu petua untuk kulit glowing.

ARTIKEL PENUH:

PETUA KULIT GLOWING DENGAN TEH KAMOMIL

Tapi ia juga didapati berkesan untuk baiki kualiti tidur.

Terima kasih kepada flavonoid, apigenin.

Yang melekat pada reseptor otak untuk induce rasa mengantuk.

Disarankan minum 1 cawan 40-45 minit sebelum tidur.

4. PISTACHIO

Pistachio juga tinggi melatonin.

Hormon utama untuk kawal atur corak kitaran tidur.

Selain kaya magnesium, protein dan vitamin B6.

Semua ni perangsang tidur berkualiti tinggi.

Selain bantu kawal berat badan.

Serta bekalkan energi dan mengenyangkan perut.

Disarankan ambil 4-6 biji sebelum tidur.

Pastikan lightly roasted dan tak bersalutkan garam.

Untuk lebih banyak khasiat.

ARTIKEL PENUH:

11 KHASIAT LUARBIASA KACANG PISTACHIO

 

#DrRizal #Neuroversiti #tidurnyenyak

Anda Juga Mungkin Berminat

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Punca Gastrik Sebenar Ramai Tak Sedar: Bukan Sebab Asid Berlebihan, Tapi Ini Yang Berlaku Dalam Perut

Puasa & Awet Muda: Rahsia Perlahan Penuaan Dan Panjangkan Umur Yang Ramai Tak Sedar

Scroll to Top