11 Khasiat Kacang Pistachio ‘Kacang Cerdik’

Orang panggil kacang cerdik. Nama sains Pistacia vera.

Ni fakta menarik.

Pistachio adalah kacang dengan antioksidan paling tinggi dalam kalangan kacang lain.

Seperti walnut, badam, gajus, peanut dan hazelnut.

Tahu tak 49 biji pistachio punyai protein sama dengan sebiji telur. Padu bukan?

Anti-Radang

Pistachio ada lebih kurang 30 mineral, vitamin dan fitonutrien.

Sebab itulah ia berkhasiat tinggi. Punyai kalori terendah di antara kacang lain.

28g pistachio menyediakan jumlah fiber, protein, potassium, fosforus, zink

Manganese serta vitamin B6 yang cukup untuk keperluan harian.

Ikut kajian Nutrients, Infectious and Inflammatory Diseases pada 2017,

Gama-tocopherols; phytochemicals, polyphenols yang ada dalam pistachio punyai ciri antioksida dan anti-inflamasi.

Juga termasuk vitamin A, B, D dan E. Bantu lawan radang penyebab penyakit.

Kajian juga mendapati,

Pistachio ada lemak mono tak tepu yang dikaitkan dengan keupayaan lawan keradangan.

Baik Untuk Mata

Pistachio adalah sumber kacang paling kaya lutein and zeaxanthin.

Dua ni selalunya didapati dalam sayuran berdaun.

Mengandungi 1405μg untuk 100g pistachio.

13 kali ganda lebih tinggi berbanding kacang ke-2 tertinggi iaitu hazelnut (92 μg).

Lutein and zeaxanthin yang mencukupi mampu cegah masalah penglihatan.

Melibatkan macular degeneration dan katarak mata.

Pistachio juga kaya zat besi.

Penting untuk elak masalah penglihatan pada waktu malam.

Pistachio ada fatty acids sihat yang dikaitkan dengan kesihatan mata.

Selain pistachio, ini antara 20 makanan tinggi zat besi! BACA DI SINI

Brain Booster

Pistachio adalah sumber bagus untuk dapatkan vitamin E.

Vitamin E banyak dikaitkan dengan pengurangan risiko peripheral neurotoxicity.

Iaitu kerosakan saraf yang mengakibatkan rasa lemah, kebas dan sakit pada kaki dan tangan.

Kajian dibuat oleh US Agricultural Research Service.

Pistachio bantu tingkatkan frekuensi brainwaves.

Kajian yang telah dibuat di atas banyak jenis kacang.

Pistachio yang paling banyak hasilkan gamma wave response.

Pistachio tingkatkan fungsi kognitif. Pembelajaran. Penyimpanan maklumat.

Minyak pistachio juga mampu lawan radang pada OTAK.

Dengan mengekalkan fatty acids penting.

Ikut kajian terbaru,

Pistachip berpotensi lindungi fungsi OTAK daripada kerosakan disebabkan anticancer drugs.

Immunity Booster

Musim sekarang ada macam macam penyakit.

Bermula dengan cik Vid, diikuti penyakit HFMD. Yang terbaru influenza A, B dengan monkeypox.

Pistachio ada vitamin B1 dan B6. Serta folat untuk lawan jangkitan.

Zink, selenium dan magnesium untuk lawan jangkitan disebabkan virus. Macam virus influenza.

Ada gamma-Tocopherol. Antioksida untuk cegah radang saluran pernafasan.

Ada copper. Bantu hasilkan lebih banyak antibodi.

Bersifat prebiotik. Tingkatkan bakteria probiotik dalam usus.

Mereka yang tinggal di negara 4 musim selalu pekena pistachio terutamanya pada musim sejuk.

Sistem imun sihat percepatkan proses penyembuhan.

Elak terkena jangkitan dengan 7 tips tubuh kekal cergas sepanjang masa!

BACA DI SINI

Mesra Diabetes

Pistachio disarankan untuk mereka yang ada penyakit kencing manis.

Ada GI rendah. Perlahankan pengeluaran gula.

Kajian mendapati paras glukosa dalam darah lebih rendah apabila memakan pistachio.

Pistachio juga tingkatkan paras peptida.

Sejenis hormon yang kawal paras glukosa dalam kalangan pesakit diabetes.

Menurut pakar dalam Behavioral Health and Nutritional Sciences,

2 hidangan pistachio setiap hari mampu turunkan penyempitan vaskular semasa stres.

Dan kawalan saraf yang lebih baik di jantung.

Kajian dibuat di Iran juga mendapati,

Diet pistachio punyai kesan positif terhadap kawalan glisemik.

Tekanan darah. Inflamasi dan obesiti.

Terutama dalam kalangan penghidap diabetes.

Apa lagi makanan anti-diabetes? BACA DI SINI

Mesra Ibu Mengandung

Haa tahu tak pistachio adalah snek ideal buat ibu mengandung.

Dalamnya ada protein, lemak sihat, kalsium, zat besi, antioksidan, omega-3, vitamin B-kompleks.

Copper serta lemak mono tak tepu.

Ini 3 tips peningkatan berat badan sihat sewaktu hamil! BACA DI SINI

Dalamnya ada phytosterols.

Bantu rendahkan kolesterol jahat. Dan tingkatkan kolesterol baik.

Kesannya, paras lipid terkawal.

Bantu pembentukan janin. Dan galakkan tumbesaran bayi.

Bantu pertumbuhan tisu dan juga otot semasa dalam kandungan. Power bukan?

Pistachio juga boleh bantu proses untuk sembuh selepas bersalin.

Dan tingkatkan jumlah sel darah merah sebab ibu hamil perlukan 2 kali ganda daripada biasa.

Juga sesuai untuk dijadikan snek mengudap untuk ibu menyusu.

Ibu hamil akan alami perubahan hormon.

Akan kerap sembelit jadi pistachio bagus untuk lancarkan pembuangan.

Ini 7 tips khas buat bakal ibu di luar sana! BACA DI SINI

Tingkatkan Estrogen

Pistachio punyai sumber phytoestrogen paling tinggi dalam kalangan kacang.

Serta potassium lebih tinggi.

Penting untuk rendahkan paras hormon stres kortisol.

Estrogen dihasilkan oleh ovari, kelenjar adrenal, dan tisu lemak.

Kedua-dua jantina wanita dan lelaki punyai hormon ini, tetapi wanita hasilkan lebih banyak estrogen.

Estrogen penting untuk kitaran haid serta kitaran reproduktif wanita.

Estrogen rendah dikaitkan dengan ketidakstabilan mood. Kitaran tidur terganggu.

Kitaran haid tak tetap. Kenaikan berat badan.

Juga tinggi risiko terkena penyakit kardiovaskular. Osteoporosis dan obesiti.

Apa lagi makanan lain untuk tingkatkan estrogen? BACA DI SINI

Turunkan Berat

Pistachio ada fiber yang tinggi.

Untuk bagi rasa kenyang lebih lama. Serta galakkan penurunan berat.

Pistachuo juga tinggi protein. Bagus untuk kurangkan rasa lapar.

Pistachio adalah kekacang kering.

Kajian mendapati,

Memakan pistachio secara berkala boleh kurangkan inci pada pinggang.

Juga punyai kesan pada triglycerides. Kerana kandungan lemak baiknya yang tinggi.

Lipid tak diserap sepenuhnya jadi ini kurangkan lemak dalam badan.

Jurnal Nutrients 2020 ada beritahu,

50g pistachio bantu kurangkan inci pinggang.

Serta BMI pada peserta obes berbanding peserta yang tak makan pistachio.

Apa lagi 10 makanan bantu turunkan berat? BACA DI SINI

Mudahkan Pencernaan

Pistachio ni tinggi fiber. Makan secara sederhana.

Fiber mencukupi bantu penghadaman serta elak sembelit. Sukar membuang.

Bakteria akan proses fiber dan hasilkan short-chain fatty acids.

Contohnya butyrate. Fungsinya tingkatkan penghasilan bakteria baik dalam usus.

Pistachio ada kalori rendah namun tinggi protein.

Yang membentuk 20% daripada beratnya.

Satu kajian pernah dibuat untuk kaji bahan buangan peserta yang makan pistachio.

Hasilnya pengkaji menemukan,

Sejumlah bakteria baik di dalam bahan buangan. Menunjukkan pembuangan yang sihat.

Apa lagi makanan tinggi prebiotik untuk usus? BACA DI SINI

Rendahkan Kolesterol

Pistachio adalah kacang cholesterol-free.

Kajian mendapati pistachio berupaya bantu cegah penyakit jantung.

Dengan tingkatkan jumlah lemak sihat.

Untuk turunkan jumlah kolesterol jahat. Sekaligus rendahkan risiko penyakit jantung koronari.

Pistachio turunkan paras lipoproteins. Suspek utama penyebab penyakit jantung.

Juga ada arginine.

Sejenis asid amino untuk rendahkan tekanan darah bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi.

Satu kajian klinikal dalam Journal of the American College of Nutrition mendapati,

Pengambilan 20% pistachio melalui diet yang diubahsuai selama 3 minggu.

Menunjukkan penurunan LDL dan peningkatan HDL dalam kalangan peserta penghidap hypercholesterolemia.

Apa petanda kolesterol tinggi tapi kurus? BACA DI SINI

Lambatkan Penuaan

Kalau perasan lah. Dalam produk skincare contohnya facial mask.

Ada kandungan vitamin E. Pistachio kaya vitamin ni.

Bantu kurangkan kesan penuaan.

Bantu remajakan kembali kulit dan lindungi daripada sinaran UV berbahaya.

Pistachio ada catechins. Flavanol sumber tumbuhan.

Juga sejenis antioksidan bantu lindungi badan daripada kerosakan sel kulit akibat radikal bebas.

Yang ada jerawat bertempel dekat muka tu boleh makan pistachio.

Pudarkan parut jerawat dengan kurangkan keradangan kulit.

Juga bantu kurangkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit.

Cuci pori muka tersumbat. Dan elak pengumpulan minyak.

Minyak pistachio ada jumlah polyphenols dan flavonoid tinggi.

Banyak orang guna untuk rawat garis halus pada mata.

Ruam merah serta kedut.

Makanan untuk anti-penuaan? BACA DI SINI

Petua untuk kekal awet muda? BACA DI SINI

Inginkan kulit putih glowing? BACA DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top