Maryam Resah…

Pagi semalam Maryam nampak resah saja. Serba tak kena nampak Maryam. Duduk tak kena berdiri tak kena.

Saya tanya ‘kenapa Maryam nampak semacam jer ni?’ Dia kata nervous. Oh rupanya semalam results IGSCSE Cambridge keluar.

Results keluar pukul 2 tepat. Haikal bawa laptop depan saya. Masukkan login name dan password.

Tekan enter. Terus results keluar. Alhamdilillah Maryam dapat 7 A *. Kat sekolah dia seorang saja dapat straight As.

result maryam

Berbeza dengan abang abang dia, Maryam kaki studi sikit. Dia tidur pukul 9:30 macam tu. Kadang awal lagi.

Bangun jam 5. Dia mandi solat, mengaji dan baca buku.

Sebelum pergi sekolah dia ambil breakfast. Dia minum dark chocolate drink Vegan OCOC. Dia ambil yogurt, telur dan Barley Flakes.

Tengahari kat sekolah dia tak makan. Dia snacking saja dengan Granola Bar OCOC.

Petang balik sekolah dia akan makan sayur, sikit protein dari ikan atau ayam atau daging macam tu.

Lebih kurang begitulah diet umum Maryam.

Bila Maryam dapat results macam ni, saya fikir dia juga akan tinggalkan rumah. Nanti tinggal saya, isteri dan Hafiey yang sulung.

Cita cita Maryam nak masuk Oxford. Doakan ye biar impian Maryam termakbul.

Rasa macam nak minta Maryam buat sesi live macam mana dia studi. Saja nak bantu adik adik yang lain.

Ada yang setuju tak kalau Maryam buat sharing session?

Saya tanya saja. Maryam belum tentu setuju. Tanya saja kan?

Kalau dia setuju bagus. Ada yang dapat manfaat.

Anda Juga Mungkin Berminat

Limau Citron (Kerat Lintang) Dan 15 ‘Khasiat Unik’ Ramai Tak Tahu

7 Sumber Makanan Diet Tanpa Perlu Berlapar!

Buah Pala – ‘Anti Depressant’ Semula Jadi Serta 10 Manfaatnya

Kulit Kayu Manis – 12 Khasiat Rempah Tertua Dunia

Buah Pelaga Dan 7 Khasiat Di Sebalik Rasanya

Limau Purut Serta 8 Khasiat Luarbiasa Ramai Tak Tahu

Scroll to Top
Scroll to Top