Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

Dengar citer ringgit Malaysia makin mengukuh.

Patut lah ramai semacam dekat airport nak pergi melancong luar negara.

Ada baca satu kajian ni yang kaji pasal MELANCONG✈️

Kajian beritahu,

Bila kerap berjalan jalan. Hirup udara segar.

Bagi metabolisme badan tinggi sikit. Bagi otak dapat fikir laju.

Boleh bantu tingkatkan kesihatan. Lambatkan proses penuaan.

 

Bila melancong ke tempat baru.

Kita perlu guna lebih banyak tenaga otak untuk cari lokasi,

Bertutur bukan dalam bahasa ibunda, berinteraksi dengan manusia dari pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Berlakunya rangsangan mental yang dapat boost neuroplasticity otak.

Sel sel otak baru berhubung. Otak jadi makin awet muda.

Risiko nak kena penyakit nyanyuk pun berkurang.

 

Tekanan emosi dan mental boleh cepatkan lagi proses penuaan.

Melancong bagus untuk pastikan mental health kita terjaga.

Berkurang stress dan tekanan penyebab masalah seperti anxiety, depression, burnout.

 

Bila melancong, tubuh kena banyak bergerak.

Pergi pula ke kawasan pergunungan berbukit. Dalam sehari confirm sampai 20 ribu langkah.

Bantu tubuh tingkatkan daya tahan. Susah nak jatuh sakit.

“Tapi kalau tak ada bajet nak pergi melancong macam mana pula?”

Melancong tak perlu pergi jauh jauh.

Ada bajet boleh pergi. Kalau tiada, pergi dekat dekat saja.

Bukan setakat melancong, ada beberapa petua anti-penuaan Tuan/puan boleh follow seperti dibawah:

– tidur cukup

– diet seimbang

– bersenam

– banyakkan buah/sayur

Boleh amal?

Anda Juga Mungkin Berminat

Kesan El Nino Kepada Badan: Kenapa Ramai Tiba-Tiba Cepat Letih, Sakit Kepala & Mudah Stress?

Rahsia Anak Lebih Bijak & Fokus: Aktiviti Berseni Bantu Otak Anak Perform Secara Semula Jadi!

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Kenapa Badan Anda Dah Tak Sehebat Dulu Walaupun Masih Sihat

Kenapa Lagu Raya Klasik Lebih Melekat Di Hati Ini Jawapan Dari Sains Otak

Scroll to Top