Memandu & Otak

Cerita Udin mengundang pertanyaan di kalangan pelajar. Siapa Udin?

Soalan yang acap kedengaran. Anggaplah Udin sebagai sosok jiwa yang mahu membaiki diri.

Mahu belajar. Tidak malu bertanya.

Ya, untuk BERJAYA perlu bertanya.

Pelajar A yang bertanya sakan tentang Udin melontarkan persoalan mengenai memandu.

Pengalaman hampir terlibat dengan kemalangan, membawanya ke pejabat saya.

Katanya suara bunyi brek kenderaan masih kedengaran.

Masih jelas di depan mata peristiwa yang berlaku dua minggu lalu. Seolah-olah baru berlaku.

Debaran masih terasa.

Soalannya ringkas. Bahagian otak mana yang terlibat semasa memandu?

“Apabila kita merancang untuk pergi ke destinasi B dari poin A, perancangan perjalanan kita dilakukan oleh bahagian otak yang bernama frontal lobes. Hak otak ini kita dah berikan pada Waze sekarang ini.” Jawab saya sambil tersenyum.

“Apabila bawa kereta kita menukar gear, menekan brek, memusing stereng atau memasang lampu isyaratkan?” Soal saya.

“Betul,” kata A.

Beria-ria memberikan jawapannya.

“Bahagian otak yang menjadi pengarahnya ialah dorsal lateral prefrontal cortex. Bahagian ini menjadi matang apabila seseorang mencecah umur 20 tahun. Pada yang masih di bawah 20 tahun, hati-hati ya.” Kata saya memberi peringatan kepada A.

Tambah saya lagi, “Seorang pemandu akan sentiasa memandang ke depan, melihat cermin sisi atau cermin belakang. Betul?” Soal saya lagi.

“Ya, betul Dr.” jawab A ringkas.

“Pengarah bahagian ini ialah parietal lobe. Meletak kenderaan samada secara sisi, atau secara reverse adalah di bawah jajahan takluk parietal lobe. Memandu memerlukan tumpuan. Kuasanya juga terletak pada bahagian ini.” Syarah saya pada si A sambil menunjuk-nunjuk bahagian yang terlibat.

“Oh baru saya faham,” pintas si A. Dia terdiam sejenak. Seolah-olah memikirkan sesuatu.

“Saya selalu sembang-sembang ketika memandu. Ok ke Dr?” soal A dengan wajah seolah-olah menyruh saya menjawab dengan pantas.

“Memandu sambil berbual menghilangkan 37% aktiviti di bahagian ini. Bayangkan ianya hanya aktif sekitar 63%. Secara tidak langsung menunjukkan kelemahan kita menguasai kenderaan. Juga, meningkatkan peratusan untuk mudah terlibat dengan kemalangan.”

“Saya rasa yang hampir melanggar saya tu memang tengah borak-borak, ketawa-ketawa dalam kereta. Sebab tu kereta mereka terbabas dan hampir melanggar saya.” Jelas A sambil mengangguk-angguk sambil tangan menurut-urut dagunya.

“Lagi bahagian otak mana lagi yang terlibat Dr?”

“Occipital lobe adalah penguasa bagi penglihatan. Semua imej yang ditangkap oleh deria mata diproses olehnya.”

“Mendengar pula dimiliki oleh auditory cortex. Kerjanya membuat cerapan bunyi dan menghantar maklumat ke prefrontal cortex untuk dibuat keputusan.” Jelas saya tanpa renda-renda penerangan panjang.

“Ok Dr terima kasih atas penerangan. Tapi saya masih nak tahu siapa si Udin”, kata A mencuba nasib seolah-olah meminta saya menjelaskan siapa Udin.

“Biarlah rahsia. Tak perlu tahu siapa Udin. Ambil tahu tips yang Udin amalkan.” Itu sudah cukup.

Memandu melibatkan aktiviti otak yang kompleks. Pemandu yang baik ialah pemandu yang menjaga otaknya.

Otak yang cantik menjamin pemanduan yang lancar. Emosi terjaga. Sampai ke rumah hati gembira. Yang menyambut tidak bermasam muka.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top