Mentega Kacang vs Mentega Badam? Mana Lebih Bernutrisi?

 

Masa sahur, nak sapu roti wholegrain dengan mentega mana satu agaknya?

Yang mana satu lebih power?

Walaupun dua dua bernutrisi tapi mentega badam kekal menjuarai.

Sebab ada lebih banyak vitamin, mineral dan fiber.

Dua ni ada lemak sihat iaitu lemak mono tak tepu. Baik untuk jantung.

2 sudu mentega badam ada 25% lebih banyak lemak mono tak tepu berbanding 2 sudu mentega kacang.

Kandungan vitamin E dalam mentega badam juga 3 kali ganda lebih tinggi.

Vitamin E bantu halang terbentuknya plak di salur darah.

BACA: 8 KEBAIKAN LUAR BIASA BADAM

Salur darah sempit sebabkan risiko serangan jantung.

Mentega badam ada jumlah kalsium 7 kali ganda lebih tinggi.

2 kali ganda lebih tinggi zat besi berbanding mentega kacang.

Kandungan fiber juga lebih tinggi.

Penting sangat kalau bulan puasa nak kasi perut kebal anti lapar.

3.3g untuk 2 sudu mentega badam berbanding 1.6g untuk 2 sudu mentega kacang.

Haa tapi bab protein, mentega kacang lagi tinggi.

Lebih kurang 7.1g untuk setiap hidangan berbanding mentega badam iaitu 6.7g.

1 biji telur gred A ada 6g protein. Bandingkan.

Nutrisi lain mentega badam termasuk:

  • L-arginine bantu lindungi dinding salur darah.
  • Omega-3 bantu kawal degup jantung.
  • Magnesium bantu tingkatkan sensitiviti insulin.
  • Magnesium bantu serap kalsium untuk tulang kuat.

Ini resepi mudah dan sihat buat mentega badam.

Boleh cuba di rumah.

Bahan:

  • 2 cawan badam panggang
  • Secubit garam Himalaya
  • Madu Uzbekistan (optional)
  • Ekstrak vanila (optional)
  • Serbuk kayu manis (optional)

Cara:

  1. Kisar badam dalam food processor sehingga tekstur lembut.
  2. Tabur secubit garam secukup rasa dan kisar lagi.
  3. Boleh tambah madu untuk sedikit manis.
  4. Atau serbuk kayu manis dan ekstrak vanila untuk lebih rasa aroma.
  5. Masukkan ke dalam balang kaca.
  6. Sedia untuk disapu pada roti atau diletak dalam smoothie.

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Bahagian OTAK Ini Diaktifkan Ketika Anda Traveling!

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

9 Manfaat Sebenar Senaman Squat Ramai Tak Tahu

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

Scroll to Top
0