8 Kebaikan Kacang Badam (Almond)

Jajan boleh kecilkan perut? 

Biar betul. Tapi itulah yang disebut dalam satu kajian ni.

Kajian saintifik ni terbit pada tahun 2015. Masuk dalam Journal of the American Heart Association.

Kata pengkaji kalau ambil 3 makanan ini perut jadi kecil.

Lemak akan hilang. Lapisan akan kurang. Saiz pinggang jadi kecil.

Apa dia makanan tu?

 Ketiga boleh sebabkan saiz seluar atau kain bertukar.

Tali pinggang pun kena adjust lain. Paling bagus semua jajan ni bagus untuk OTAK.

Bolehlah cuba.

Padat Antioksidan

Badam ni kaya antioksidan. Bantu lawan stres.

Stres boleh akibatkan kerosakan pada molekul sel OTAK dan juga sel badan.

Kesannya, berlaku keradangan, risiko kanser dan penuaan lebih cepat.

Ada antioksdan vitamin E. Tocopherol, catechin, epicatechin dan kaempferol.

Semua ni juga bantu lindungi sel untuk kulit.

Bagi kulit sihat dan awet muda. Badam adalah antara sumber terbaik vitamin E.

Bukan itu jer.

Kalau nak tingkatkan jumlah antioksidan dalam badan. Ambil 84g badam setiap hari.

Kalau saya rasa sakit kepala saya makan apa?

Saya ambil 10-12 biji almond mentah. Settle Insyaa Allah. Hilang denyut. Hilang pening.

Rahsianya pada magnesium yang ada dalam almond.

Magnesium akan relakskan pembuluh darah. Almond juga ada riboflavin.

Kajian tahun 2016 di International Journal for Vitamin and Nutrition Research kata macam tu.

Bolehlah cuba. Back to nature. Jadikan makanan sebagai ubat.

Sistem imun lemah? Kerap jatuh sakit? Bagaimana nak atasinya? BACA DI SINI

Mesra Jantung

Ikut kajian pada tahun 2014,

Peserta yang makan badam secara berkala punyai lebih banyak antioksidan dalam saluran darah.

Ini bantu rendahkan tekanan darah tinggi. Dan lancarkan aliran darah ke seluruh badan.

Badam ada lemak tak tepu. Iaitu lemak sihat sebanyak 80%.

Jenis lemak ni takkan naikkan kolesterol jahat.

Ikut kajian oleh American Dietetic Association,

Pengambilan badam terbukti tingkatkan vitamin E dalam sel darah merah.

Serta kurangkan risiko untuk terkena penyakit kolesterol tinggi.

Sebab apa?

Vitamin E bantu elak saluran darah daripada tersumbat akibat pembentukan plak dan lemak.

Badam juga akan tingkatkan hormon serotonin. Dan jadikan tidur lebih nyenyak.

Kajian dalam jurnal Silver Spring juga mendapati,

Mereka yang makan badam 2 kali dalam seminggu.

Lebih rendah risiko untuk berat naik berbanding mereka yang tak makan badam.

Tahu tak kuaci boleh elak berlakunya penyakit kardiovaskular? BACA DI SINI

Mesra Penglihatan

Perasan tak badam ni bentuk macam mata.

Badam kaya vitamin E.

Juga bagus untuk elak molekul tak stabil melekat pada sel tisu mata.

Simptom kondisi mata lemah termasuk:

  • Mata bengkak
  • Mata kering
  • Mata kabur
  • Mata berair
  • Lingkaran gelap pada mata

Bantu lindungi mata dan elak berlaku kecacatan pada lensa.

Masalah paling ketara berkaitan mata iaitu katarak dan makular degenerasi.

Satu tips untuk tingkatkan tahap kejelasan mata.

Badam ada protein cukup bagus untuk baiki tisu dan otot mata.

Kesannya elak mata kuyu.

Ada biotin. Bagus untuk kurangkan kedut pada mata.

Badam juga ada manganese, copper.

Riboflavin dan omega-3 MUFA (monounsaturated fatty acid).

Lancarkan aliran darah pada kawasan mata. Untuk tingkatkan penglihatan.

Apa 6 bahan bertoksik dalam makanan segera? BACA DI SINI

Mesra Kulit

Susu badam banyak digunakan dalam pembuatan produk kulit.

Badam ada flavonoid dan linoleic acid. Bagus untuk atasi kulit kering dan kusam.

Flavonoid badam ni sama dengan flavonoid.

Yang dijumpai dalam superfood DARK CHOCOLATE. Brokoli dan teh hijau.

Mereka ni juga akan lembapkan kulit. Kasi kulit tampak glowing semulajadi.

Bukan glowing sebab pakai produk putih.

Vitamin E dalam badam bantu lindungi sel kulit daripada terdedah dengan sinaran UV ekstrem.

Badam juga ada vitamin B iaitu niacin dan riboflavin.

Untuk kekalkan kulit sihat dan bebas jerawat.

Badam juga ada jumlah copper yang cukup untuk kekalkan pigmentasi kulit dan rambut.

Elak kulit pucat dan rambut beruban.

Tahu tak susu kambing sangat bagus untuk kulit bebas jerawat? BACA DI SINI

Brain Booster

Badam juga termasuk kategori brain food. Sama macam pistachio, kuaci, walnut.

Badam ada riboflavin dan L-carnitine yang cukup tinggi.

Bantu hasilkan sel neuron sihat.

Satu bahan dalam badam yang bantu fungsi kognitif OTAK iaitu phenylalanine.

Akan tingkatkan kuasa OTAK.

Setiap pagi hanya perlu ambil 5 ke 6 biji badam. Automatik OTAK rasa cerdas dan bertenaga.

Susu badam juga boleh tajamkan memori.

Elak penyakit lupa. Sebab kaya potassium. Bantu tingkatkan elektrolit dalam sel badan.

Ikut kajian dalam jurnal Brain Research Bulletin pada tahun 2016:

Pengambilan badam secara berkala bantu tingkatkan jumlah acetylcholine.

Neurotransmitter penting untuk memori.

Serta melawan masalah ingatan seperti Alzheimer’s dan STML.

Makanan apa perlu diambil untuk ketahanan OTAK? BACA DI SINI

Kawal Gula Dalam Darah

Kajian dalam jurnal Complementary Therapies in Medicine pada tahun 2020 mendapati,

Badam tingkatkan jumlah antioksidan dalam saluran darah.

Kawal paras gula dalam darah serta menstabilkannya.

Terima kasih kepada kandungan magnesium yang tinggi dalamnya.

Paras magnesium rendah boleh akibatkan tekanan darah tinggi.

Ini boleh menyebabkan serangan jantung mengejut.

Strok dan kegagalan buah pinggang mengejut.

Antara supernuts lain tinggi magneisum yang boleh diambil.

Termasuk kuaci, biji labu, gajus dan sayuran berdaun hijau.

Juga mengandungi jumlah potassium cukup tinggi.

28g badam bersamaan dengan 80mg magnesium.

Merangkumi 20% keperluan harian.

Ni badam yang dipanggang kering.

Kena ingat magnesium ni badan tak boleh hasilkan sendiri.

Magnesium penting untuk:

  • Fungsi saraf dan otot
  • Degupan jantung selari
  • Kekuatan tulang
  • Kawalan gula dalam darah

Jadi pastikan badan peroleh magnesium mencukupi untuk tingkatkan imuniti badan.

Inginkan petua semulajadi hilangkan batuk? BACA DI SINI

Turunkan Berat

Badam banyak digunakan dalam diet weight loss.

Bantu kecilkan inci terutama bahagian pinggang.

Sumber segala penyakit bila visceral fat tinggi.

Lebih rendah inci boleh jadi lebih rendah lemak visceral yang terkumpul.

Maka lebih rendah risiko kena diabetes dan penyakit jantung. Penyakit tiga serangkai.

Badam ada lemak sihat bantu perkembangan otot. Dan kurangkan perut buncit.

Badam ada jumlah protein dan fiber cukup tinggi.

Untuk kurangkan paras karbohidrat yang rangsang selera.

Serta elakkan craving berpanjangan.

Ini akan bantu kurangkan jumlah pengambilan kalori seharian.

Amalkan makan badam sebelum waktu makan utama. Untuk tahan kenyang lebih lama.

Kajian dalam jurnal Research in Medical Sciences pada tahun 2014,

100 peserta wanita overweight yang amalkan diet badam.

Didapati punyai penurunan berat badan lebih tinggi berbanding peserta yang tidak ambil badam.

Juga ada peningkatan dari segi pengurangan inci pada bahagian pinggang.

Tuan Puan ingin tahu 10 makanan turunkan berat? BACA DI SINI

Bantu Pertumbuhan Rambut

Badam punyai magnesium, vitamin A, vitamin B1 dan B6, serta vitamin E cukup tinggi.

Yang efektif untuk pertumbuhan rambut panjang dan kuat.

Serta perlahankan proses rambut beruban yang disebabkan oleh kehilangan pigmen rambut.

Dan terbentuknya hydrogen peroxide di folikel rambut.

Untuk rambut beruban, boleh guna minyak badam.

Bantu kurangkan kelemumur. Rambut bercabang dan rambut gugur.

Macam mana nak elak hyrogen peroxide daripada terbentuk cepat?

Amalkan makanan tinggi antioksidan yang ada catalase.

Badam ada catalase – antioksidan yang boleh perlahankan proses rambut beruban.

Badam juga ada biotin. Untuk baiki rambut rapuh.

Tahu tak nanas boleh digunakan untuk rawat masalah rambut gugur

BACA DI SINI

 

 

 

P/S:

Inginkan dapatkan Coco OCOC? Atau Vegan OCOC?

Minuman bernutrisi tinggi untuk OTAK CERDAS, BADAN CERGAS!

Dapatkan sekarang melalui link di bawah:

SAYA NAK COCO OCOC

SAYA NAK VEGAN OCOC

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Scroll to Top