Menulis Bukan Kerana Nama

 

Seusai isyak, sempat membelek-belek rak buku. Terjumpa buku karya sendiri. “Kaunseling Daripada Perspektif Islam: Apa, Mengapa dan Bagaimana”. Tahun 2009 menjengah pasaran.

Ku namakannya buku Ramadan kerana sepurnama Ramadan buku ini disiapkan.

Pada awalnya dicanang ke PTS untuk diterbitkan. Tapi ditolak. Mungkin karya seorang penulis picisan, tak layak diangkat untuk tatapan.

Mujur ada Utusan. Buku ini menjengah juga ke pasaran walaupun hampir dua tahun disimpan.

Tujuan asal bukan kerana keuntungan. Bukan juga kerana NAMA kerana ku menulis untuk insan.

Dalam karya ini ku coretkan perihal kehebatan amalan Islam ke atas otak manusia dan bagaimana pengamal kaunseling boleh menggunakannya.

Malah ayah ibu atau sesiapa saja.

Ku coretkan juga bahawa neurotransmitter yang dijumpai di otak manusia juga kedapatan di dalam hati manusia. Jumlahnya 40 bilion.

Benarlah kata baginda Rasul. Jagalah hati.

Buku kedua menyusul pada tahun berikutnya.

Kali ini disapa oleh penerbit dari Germany. Mahu mengangkat karyaku.

Hasil dari melihat rakaman pembentanganku di Monash University sekitar 2004.

Ku siapkan tatkala menemani ayah yang terbaring di hospital. Sebulan lamanya. Ku namakan ia buku hospital.

Kedua-dua buku ini akan menjadi sejarah.

Mungkin akan dikenang atau mungkin akan dilupakan.

Andai ada manfaat buat umat, mohon padaMu Ya Rabb agar ianya menjadi bekalan pencen kuburku.

Aku menulis untuk umat dan bukan kerana nama.

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top