Food For Thought: Mi Segera

FOOD FOR THOUGHT: MI SEGERA<img draggable=

 

Pernah lihat bekas styrofoam?

Perasan tak kalau curah air, air tak melekat? Bekas waterproof.

Dalam mi segera, wax coating/lilin di setiap helaian mi juga diperbuat daripada bahan ada dalam bekas tadi.

Sebab itu bila dimasak, tak melekat. Tubuh perlu masa 2 hari untuk cuci.

“Ala makan sekali sekala takpe” – Wax tadi bersifat karsinogenik

Boleh akibatkan kanser. Sanggup ke ambil risiko?

Mungkin tak semua guna.

Cuba lihat pula sudut lain seperti kandungan garam.

Dalam sehari, had sodium bagi dewasa ialah kurang dari 2, 300mg.

Satu paket mi segera saja sudah cecah 2, 700mg!

Biasa kalau balun mi segera, paling sikit pun 2 paket.

Betul tak?

Kemudian, lihat pada jenis pengawet yang diguna.

Mi segera sebabkan ketagih. Sebab ambil masa sekejap dan rasanya ‘sedap’ di mulut.

Dalam mi segera, ada satu pengawet bertoksik iaitu TBHQ selain MSG

Ini baru dua. Tak masuk lagi pewarna dan perasa.

TBHQ datangkan pelbagai risiko penyakit:

Penglihatan kabur, kerosakan DNA, kerosakan saraf, hati membengkak dan kanser limfoma

MSG penyebab pening kepala, loya, tekanan darah tinggi, kejang otot dan badan rasa lemau

Kajian dapati,

Yang kerap makan mi segera kurang ambil sumber protein, kalsium, potassium, zat besi, vitamin.

Yang suka berdamping dengan mi segera tak suka makan serat.

Buah dan sayur jauh letak tepi.

Menyebabkan kekuatan tubuh merudum. Mudah jatuh sakit. Tulang mudah rapuh.

Dah dah lah ambil mi segera yang tak sihat tu.

Kalau gian sangat nak makan pun, cari produk mi segera yang sihat

Yang boleh bikin perut ‘terbakar’ tu mohon elak.

Sayang sikit dekat usus. Bukan untuk siapa siapa. Tapi untuk diri sendiri.

Boleh begitu?

 

ARTIKEL BERKAITAN:

<img draggable= 21 KESAN BURUK MAKAN MI SEGERA

<img draggable= CUKUP KAH SEKADAR ‘HALAL’ DI PAKET MI SEGERA?

<img draggable= MI KARI NYONYA OCOC – MI SIHAT PERTAMA DI MALAYSIA

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Scroll to Top