3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

Sekarang ramai orang mati terkejut. Nampak sihat elok.

Tup tup dapat mesej dah tak ada. Padahal baru semalam sembang.

Bila tanya, dikatakan serangan jantung.

Tengok umur muda lagi. Anak pun masih kecil lagi.

Apa nak buat untuk jaga jantung?

Ada kajian dari Journal of the American College of Cardiology tahun 2022.

Dia orang kaji 884 ujian klinikal dan 27 nutrien.

Nak tengok dan kesan nutrien mana bagus untuk jantung.

Dalam kajian yang diteliti,

Mereka dapati Omega 3, Folate dan CoQ10.

Bantu halang serangan jantung, strok dan rendahkan kematian mengejut.

3 nutrien ni penting sangat.

Mereka juga cadangkan pengambilan makanan tinggi Polyphenols.

Contohnya yang ada dalam dark chocolate.

Juga pastikan dapat tidur yang cukup, kena bersenam dan jaga kesihatan gusi.

Kalau ada bajet bolehlah cuba sauna.

Paling murah ialah belajar bernafas dengan betul.

Bolehlah start jaga diri masing masing.

Jaga nutrien, jaga tidur, jadi aktif sikit secara konsisten dan pastikan gosok gigi dan floss.

Begitulah.

Anda Juga Mungkin Berminat

Adakah Gemuk Sebab Genetik?

Perbezaan Aktiviti Fizikal Dengan Senaman

Jangan Tahan Bersin Kerana 6 Bahaya Menanti!

Perubahan Warna Pada Kuku Tanda Risiko Kesihatan

Lelaki Lebih Berisiko Tinggi ‘Pergi’ Akibat Kanser?

6 Kelebihan Ikan Sardin Untuk Kesihatan Anda!

Scroll to Top
0